Pemandu dan pemilik teksi di negara ini perlu mempunyai sahsiah yang baik, sesuai dengan peranan mereka sebagai 'diplomat sosial' negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Katanya ini kerana mereka boleh memainkan peranan positif menerusi amalan berbudi bahasa, nilai murni di samping amalan mengenang jasa dan budi.
Justeru, kata beliau adalah penting untuk pemilik dan pemandu teksi mempunyai wajah yang boleh membawa kebaikan, sekali gus membantu masyarakat mencapai tamadun yang dipuji oleh dunia.
"Mahu tidak mahu pemandu teksilah yang menjadi wakil kepada kebanyakan perlakuan di bandar semasa berkomunikasi dan semasa menaiki kenderaan teksi serta kereta sewa.
"Oleh itu, kita perlu mengkursuskan sebahagian daripada rakan-rakan teksi kita supaya mereka mempunyai pandangan yang baik dan juga perjuangan hidup yang jelas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tuntutan insurans berkelompok Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini hari ini.
Sementara itu, Rais berkata pihaknya akan menilai semula beberapa aspek pemberian khususnya dari segi amaun dan keberhasilannya.
"Kami dan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) akan cuba mencari jalan bagaimana warga teksi menerusi penginsurans ini dapat ditingkatkan lagi," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberi jaminan urusan atau proses tuntutan insurans berkelompok berkenaan akan berjalan lancar dan dipercepatkan demi membantu mereka yang memerlukan.
"Kami akan menunggu tuntutan lain dan ini mungkin mengambil masa untuk diteliti dan berpuas hati syarat dipenuhi. Ini tidak akan mengambil masa lama tetapi kita akan bantu mereka untuk mempercepatkan proses tuntutan dan pembayaran pampasan," katanya.
Pada majlis hari ini, 10 orang menerima tuntutan insurans berkelompok TR1MA yang masing-masing diwakili waris mereka iaitu tuntutan melibatkan kematian semulajadi, kematian akibat kemalangan dan perubatan.
Bernama
Fri Mar 15 2013
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Pemandu teksi 'diplomat sosial' negara
Pemandu dan pemilik teksi di negara ini perlu mempunyai sahsiah yang baik, sesuai dengan peranan mereka sebagai 'diplomat sosial' negara.