Seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman penjara berjumlah 24 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan termasuk mencabul dan menyamun penumpangnya di dalam sebuah teksi dua tahun lepas.
Hakim Hasbi Hasan menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapi M.Saravanan, 30.
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara lima tahun dan satu sebatan serta penjara tujuh tahun, masing-masing bagi pertuduhan kedua dan ketiga.
Bagaimanapun, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun sahaja selepas Hakim Hasbi memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula tarikh tangkap pada 16 Jun 2011.
Bagi pertuduhan pertama, Saravanan didakwa melakukan seks oral terhadap wanita berusia 31 tahun itu di dalam sebuah teksi dalam perjalanan antara Jalan P.Ramlee hingga ke Kondo Kenanga Point, Jalan San Peng, Dang Wangi di sini pada 3.30 pagi, 6 Mac 2011.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan dikenakan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa mencabul dan menyamun telefon bimbit Blackberry dan wang tunai RM500 milik wanita yang bekerja sebagai pembantu pengurus restoran dengan menggunakan sebilah parang pada masa dan lokasi sama.
Bagi pertuduhan mencabul, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau boleh dikenakan sebatan manakala bagi pertuduhan menyamun, dia dituduh mengikut Seksyen 392/397.
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han yang membantu rakan sejawatannya Ooi Chean Ling, memohon hukuman berat dikenakan terhadap Saravanan dengan alasan tertuduh mengambil kesempatan terhadap penumpangnya.
"Perbuatan tertuduh merosakkan imej pemandu teksi di negara ini dan tertuduh juga menggunakan sebilah parang bagi memaksa mangsa menyerahkan barang miliknya," katanya.
Bernama
Fri Apr 05 2013
AWANI Ringkas: Kekejaman Zionis | Pengangkutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [28/09/2024] - Serangan ganas di Lubnan | Mahkota Memilih | Negara sokong Palestin tinggalkan dewan | GISB terus digempur
- Serangan dasyat Zionis, Ketua Hezbollah Hassan Nasrallah dilapor maut
- Keputusan tidak rasmi PRK Mahkota, BN unggul mendahului
- Netanyahu buka mulut, Malaysia, Turki, keluar dewan PBB
- Premis GISB di Selangor diarah tutup, aset dirampas, zakat tak bayar
- Keputusan tidak rasmi PRK Mahkota, BN unggul mendahului
- Netanyahu buka mulut, Malaysia, Turki, keluar dewan PBB
- Premis GISB di Selangor diarah tutup, aset dirampas, zakat tak bayar
Lubnan hadapi serangan udara besar-besaran Israel - Sumber tentera
Serangan Israel menyasarkan lokasi Hizbullah dan pinggir puluhan bandar, selain kawasan terbuka, lembah dan hutan.
Hizbullah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hizbullah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Polis tahan 15 termasuk kanak-kanak dalam operasi samseng jalanan
Kesemua mereka yang berusia 12 hingga 25 tahun itu ditahan kerana menunggang motosikal dan memandu kereta secara melulu.
Landasan dari Kempas ke Pelabuhan Johor ditutup sementara - KTMB
KTMB dalam kenyataan memaklumkan penutupan sementara landasan kereta api sepanjang 40 kilometer itu dijangka selama enam bulan.
Delegasi Malaysia tinggalkan dewan, boikot ucapan Netanyahu
Delegasi Malaysia antara kumpulan yang meninggalkan dewan perhimpunan agung sebelum giliran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyampaikan perbahasan umum di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-79.
Jiwa SME: Sekitar 1,500 pengunjung hangatkan hari pertama
Jelajah Jiwa SME 2024 di Ipoh, Perak, merayakan usahawan-usahawan tempatan dengan pelbagai pengisian dan tawaran.
Walaupun hujan lebat dilaporkan di venue Jiwa SME kali ini, sokongan dalam kalangan pengunjung amat menggalakkan.
Walaupun hujan lebat dilaporkan di venue Jiwa SME kali ini, sokongan dalam kalangan pengunjung amat menggalakkan.
LZS perkenal inisiatif Radiuz, tarik masyarakat bayar zakat
Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan Rakan Affiliate Dakwah Kutipan Zakat (Radiuz) sebagai inisiatif menggalakkan dan menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk membayar zakat.
[TERKINI] Tidak rasmi: BN mendahulu majoriti besar di DUN Mahkota
Ketika ini BN mendahului dengan majoriti yang besar dalam Pilihan Raya Kecil DUN Mahkota..
'Jangan benarkan warga asing bina koloni di sini' - Saravanan
Kerajaan diminta memastikan pekerja asing di negara ini tidak membina koloni mereka sendiri sehingga menimbulkan masalah termasuk pergaduhan.
'Tarik lesen 'orang kita' yang disewa kepada warga asing' - Saravanan
Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk menarik semula lesen perniagaan warga tempatan yang disewakan kepada warga asing.
Krisis MIC dijangka tamat dengan kepimpinan baharu
Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap barisan kepimpinan baharu akan meremajakan parti serta bersiapsiaga menghadapi pilihan raya umum.
Pemilihan merebut kerusi timbalan presiden, naib presiden dan CWC MIC bermula
Para perwakilan pada Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MIC ke-67 hari ini mula mengundi pada pukul 9.10 pagi untuk memilih timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 ahli CWC.
Amaran pada ahli parti MIC: Jangan hadir mesyuarat atau jumpa Palanivel - Saravanan
Menurut Saravanan, ahli perlu akur dengan arahan itu demi mengelakkan kekeliruan sesama ahli parti dan rakyat Malaysia.
Ibu pejabat MIC dikunci, Palanivel takut tiada suara majoriti - Saravanan
Ibu pejabat MIC hari ini dikunci selepas diarahkan presidennya Datuk Seri Palanivel Govindasamy walapun notis untuk mengadakan mesyuarat khas parti itu akan diadakan pada jam 6 petang ini.
Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen Parlimen Tapah lagi
Mahkamah Pilihanraya memutuskan Datuk M. Saravanan dipilih sebagai anggota Parlimen Tapah dengan sewajarnya.
MIC berdepan pemilihan hari ini
Lapan calon, termasuk dua penyandang yang bertanding bagi tiga kerusi naib presiden MIC, kini sudah sedia untuk berdepan persaingan sengit bagi mencipta kemenangan.
KBS kaji aspek keselamatan semua sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengkaji secara menyeluruh ciri-ciri keselamatan yang digunakan dalam semua sukan.
MIC WP sokong tindakan Saravanan
MIC Wilayah Persekutuan menyokong tindakan timbalan presiden parti itu Datuk M. Saravanan untuk tidak menyokong Zulkifli Noordin.