Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk menarik semula lesen perniagaan warga tempatan yang disewakan kepada warga asing.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan berkata, ia sekali gus dapat mengurangkan sebarang risiko atau kemungkinan berlakunya perkara negatif terutama pergaduhan di antara rakyat negara dan warga asing.
"Saya akan mengadakan perjumpaan bersama Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen dalam mengambil tindakan segera ke atas pekerja-pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah.
"Saya juga akan mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Imigresen serta wakil peniaga sendiri.
"Selain itu, saya akan menggesa pihak berkenaan agar menarik balik lesen-lesen perniagaan warga tempatan jika disewakan kepada warga asing," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Sentul ACP R. Munusamy berkata, pihaknya menahan 75 orang berikutan insiden serangan di Pasar Borong Selayang baru-baru ini.
Pada 13 Januari lalu, media melaporkan seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan kerana melepaskan tembakan di pasar berkenaan sehingga mencederakan seorang pengunjung berumur 34 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.
Suspek ditahan di Batu Caves pada hari berikutnya.
Dalam kejadian berasingan, lima lelaki yang menaiki dua buah kereta telah melepaskan tembakan secara rambang sebelum melarikan diri.
Suspek turut memukul dua warga Myanmar yang merupakan pekerja di pasar borong berkenaan.
Dalam pada itu, Saravanan juga mahu isu itu tidak dipolitikkan selain disebarkan dengan penambahan maklumat yang tidak disahkan.
"Saya sudah mengadakan sesi taklimat bertujuan untuk meninjau khabar angin yang telah diviralkan di laman sosial melibatkan pergaduhan belia India dan warga Myanmar berkenaan.
"Dalam isu ini, saya juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis yang mengambil tindakan dengan tegas dan pantas dalam menangani pergaduhan tersebut serta bantuan kepada keluarga mangsa," ujarnya.
Katanya, turut hadir pada sesi taklimat dan penjelasan berkenaan adalah Munusamy, Pengarah Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja, Ibrahim Yusof; Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek DBKL), Datuk Syed Afendy Syed Abid Ali dan wakil Persatuan Peniaga Selayang sendiri.
Wan Syamsul Amly
Fri Jan 22 2016
!['Tarik lesen 'orang kita' yang disewa kepada warga asing' - Saravanan 'Tarik lesen 'orang kita' yang disewa kepada warga asing' - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436006106_MSaravanan.jpg)
SARAVANAN: Saya akan menggesa pihak berkenaan agar menarik balik lesen-lesen perniagaan warga tempatan jika disewakan kepada warga asing.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Rakyat Malaysia sewa lesen perniagaan kepada pekerja asing boleh diambil tindakan undang-undang - Rafizi Rakyat Malaysia sewa lesen perniagaan kepada pekerja asing boleh diambil tindakan undang-undang - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695365763_TBRafiziRamli.jpg)
Rakyat Malaysia sewa lesen perniagaan kepada pekerja asing boleh diambil tindakan undang-undang - Rafizi
Undang-undang anti-Ali Baba yang akan diperkenalkan tidak lama lagi membolehkan tindakan tegas diambil ke atas rakyat tempatan yang 'menyewa' lesen perniagaan kepada pekerja asing.
![41 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan 41 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699792924_TBPOLISJOHOR.jpg)
41 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan
Polis menahan 41 individu termasuk lima warga asing dalam dua operasi berasingan di pusat hiburan di sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi.
![1,604 individu terbabit aktiviti perjudian ditahan di Perak sejak Januari 1,604 individu terbabit aktiviti perjudian ditahan di Perak sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689593286_TBYUSRIHASSAN.jpg)
1,604 individu terbabit aktiviti perjudian ditahan di Perak sejak Januari
Polis menahan 1,604 individu yang terbabit dalam aktiviti perjudian menerusi Ops Dadu Khas di negeri Perak sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini.
![Suara Rakyat: Kerap disaman, tolong mudahkan lesen peniagaan di Taman Medan - Peniaga Suara Rakyat: Kerap disaman, tolong mudahkan lesen peniagaan di Taman Medan - Peniaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691496292_peniagasamantama.jpg)
Suara Rakyat: Kerap disaman, tolong mudahkan lesen peniagaan di Taman Medan - Peniaga
Para peniaga mengharapkan pembelaan agar kehidupan mereka dapat diteruskan dalam situasi ekonomi yang kian mendesak ketika ini.
![PBT diminta pantau peniaga miliki lebih satu lesen perniagaan di Selangor PBT diminta pantau peniaga miliki lebih satu lesen perniagaan di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670546693_RodziahIsmail.jpg)
PBT diminta pantau peniaga miliki lebih satu lesen perniagaan di Selangor
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diminta memantau peniaga yang mempunyai lebih daripada satu lesen perniagaan bagi mengelakkan isu 'Ali Baba', iaitu lesen yang diberi digunakan pihak lain.
![Lesen tidak diperbaharui jika tandas gagal capai sijil A Lesen tidak diperbaharui jika tandas gagal capai sijil A](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674897950_NgaKorMing.jpg)
Lesen tidak diperbaharui jika tandas gagal capai sijil A
Mulai 2024, lesen pengusaha industri F&B yang gagal capai tahap kebersihan sijil A bagi tandas tidak akan diperbaharui.
![53 peratus lesen perniagaan di Labuan belum diperbaharui 53 peratus lesen perniagaan di Labuan belum diperbaharui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670924347_PLRithuanIsmail.jpg)
53 peratus lesen perniagaan di Labuan belum diperbaharui
Sekurang-kurangnya 53 peratus daripada lebih 12,000 lesen perniagaan di sini masih belum diperbaharu, menjelang tarikh akhir 31 Dis ini.
![Anggota bomba didakwa minta, terima rasuah RM3,000 Anggota bomba didakwa minta, terima rasuah RM3,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661344404_JudgeHammer.jpg)
Anggota bomba didakwa minta, terima rasuah RM3,000
Perbuatan itu dilakukan sebagai dorongan untuk mendapatkan sokongan daripada pihak bomba bagi mendapatkan lesen perniagaan.
![Peniaga, penjaja di KL digesa mohon lesen perniagaan sebelum 31 Dis Peniaga, penjaja di KL digesa mohon lesen perniagaan sebelum 31 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51656761640_PeniagaKLPKS.jpg)
Peniaga, penjaja di KL digesa mohon lesen perniagaan sebelum 31 Dis
DBKL akan melaksanakan program pemutihan lesen perniagaan bermula 1 Januari tahun depan dan tiada sebarang kompromi selepas tempoh itu.
![KPDNHEP ambil tindakan tegas pihak sewa lesen 'Ali Baba' - KSU KPDNHEP ambil tindakan tegas pihak sewa lesen 'Ali Baba' - KSU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652507734_TBAZMAN.jpg)
KPDNHEP ambil tindakan tegas pihak sewa lesen 'Ali Baba' - KSU
Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir warga tempatan itu hanya merugikan negara serta menutup 'periuk nasi' orang lain.