Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan bagi kawasan Parlimen Tapah selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini sekali lagi menolak petisyen yang difailkan calon PKR untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi kawasan itu dengan kos.
Hakim Abdul Rahman Sebli yang membuat keputusan itu berkata petisyen yang dikemukakan K. Vasantha Kumar mempunyai kecacatan dan fakta yang diperjelaskan adalah tidak sempurna.
Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berkata pempetisyen mendakwa bahawa berlaku sogokan ketika PRU13, namun tidak dinyatakan secara terperinci siapa yang melakukannya.
Petisyen itu juga tidak menyentuh mengenai keputusan pilihan raya dengan tidak memperjelaskan secara terperinci bagaimana kekalahan itu berlaku, katanya.
Dengan itu, mahkamah memutuskan responden pertama iaitu Datuk M. Saravanan daripada BN dipilih sebagai anggota Parlimen Tapah dengan sewajarnya.
Abdul Rahman juga memerintahkan pempetisyen membayar RM50,000 kepada Saravanan dan RM30,000 masing-masing kepada responden kedua iaitu Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Tapah Razali Bakar dan responden ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Peguam Abu Bakar As Sidiq mengetuai barisan peguam Saravanan dan Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke serta Khairul Nizam Abu Bakar mewakili Razali dan SPR.
Pada 23 Dis lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Tapah diremit semula ke Mahkamah Pilihan Raya untuk mendengar merit kes selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan pembangkang.
Saravanan menewaskan Vasantha, dua calon Bebas Ridzuan Bani dan Shaharuzzaman Bistamam dengan majoriti 7,927 undi bagi kerusi Parlimen Tapah.
Bernama
Thu Feb 20 2014


BNM pastikan kestabilan monetari kekal teguh dalam mendepani cabaran global
Inflasi dijangka terkawal pada 2025, dengan permintaan dalam negeri menjadi penampan terhadap kejutan luaran.
Maybank, TikTok Shop meterai MOU pacu pendigitalan PKS ASEAN
Program ini bermatlamat untuk membantu PKS mengguna pakai perdagangan digital dan mengembangkan perniagaan mereka.

Polis serah tiga kertas siasatan kes doktor forensik tak senonoh
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis kini sedang menunggu arahan seterusnya daripada pihak TPR untuk tindakan selanjutnya.
Indonesia sasar tingkatkan pembiayaan penyelidikan universiti
Usaha Indonesia itu menandakan satu pencapaian penting dalam usaha kolektif untuk mengubah universiti menjadi hab inovasi dan pembangunan bakat.
57 wilayah Thailand diselebungi jerebu
Bandar Bangkok termasuk 57 daripada 76 wilayah di negara itu diselubungi jerebu dengan tahap merah PM2.5 pada Isnin.

“Selamat Hari Raya” - Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas 5 jam rakam keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada pukul 3.05 petang selepas memberi keterangan selama kira-kira lima jam pada Isnin.
[TERKINI] Suspek samun kedai emas disahkan anggota polis bantuan
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penjenayah yang disyaki melakukan samun di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara, adalah seorang anggota polis bantuan.

Kanak-kanak maut, dua kereta bertembung
Kemalangan berlaku ketika keluarga mangsa cuba memotong kenderaan lain tetapi bertembung dengan sebuah Honda dari arah bertentangan.

Ancaman siber: Kementerian Pertahanan teliti keperluan wujud angkatan siber khusus
Dalam usaha mempercepat pemodenan ketenteraan bagi menghadapi ancaman tidak dijangka, Kementerian Pertahanan sedang meneliti keperluan mewujudkan angkatan siber khusus.
Lebih 140,000 kenderaan sehari dijangka guna WCE
Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) bakal dibanjiri lebih 140,000 kenderaan sehari menjelang cuti Sambutan Aidilfitri minggu depan.

Mahkamah Persekutuan perlu putuskan isu perlembagaan kuasa TYT singkir Ketua Menteri
Hakim Mahkamah Persekutuan itu berkata merit rayuan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman perlu didengar demi kepentingan awam dan bukannya ditolak sebagai bersifat akademik.

Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen Parlimen Tapah lagi
Mahkamah Pilihanraya memutuskan Datuk M. Saravanan dipilih sebagai anggota Parlimen Tapah dengan sewajarnya.