Ibu pejabat MIC hari ini dikunci selepas diarahkan presidennya Datuk Seri G. Palanivel walapun notis untuk mengadakan mesyuarat khas parti itu akan pada 6 petang ini.

Naib presiden Datuk M.Saravanan yang mengesahkan perkara itu menyifatkan tindakan itu menunjukkan Palanivel takut kerana tiada suara majoriti akan menyokongnya.

“Hari ini sepatutnya diadakan mesyuarat khas. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah mengarahakan MIC untuk mengadakan mesyuarat khas dalam 14 hari. Namun lapan hari sudah berlalu dan tiada tanda Presiden mahu mengadakan mesyuarat.

“Mengikut perlembangan sekirangnya ada permintaan 15 orang ahli majlis tertinggi mesyuarat boleh dilakukan. Notis telah pun dihantar semalam kepada semua majlis tertinggi mengenai mesyuarat khas hari ini.

“Tapi hari ini Presiden bagi arahan supaya ibu pejabat MIC tutup dengan niat menghalang mesyuarat tu. Ini bukti Palanivel takut tiada sokongan majoriti,” tambah Palanivel ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau berkata dalam perlembagaan MIC, majlis tertinggi yang lain boleh meminta untuk mengadakan mesyuarat tetapi harus dipengerusikan Presiden.

Namun tambah beliau jika presiden tidak hadir sebuah mensyuarat yang diadakan ahli majlis tertinggi yang lain boleh dilantik sebagai pengerusi mesyuarat itu.