TAPAH: Seorang pemandu maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4x4) merempuh belakang lori roti di Kilometer 312.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini, malam tadi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Shaik Shafiq Shaik Abdul Halim, 33 tahun.
Pemandu lori yang berusia 53 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin Wan Ismail, nahas berlaku kira-kira jam 11 malam ketika kedua-kedua kenderaan itu dalam perjalanan menuju ke utara.
Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan 4x4 itu merempuh bahagian belakang lori yang membawa muatan roti.
Wan Azharuddin berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat yang dijadualkan hari ini, selepas menerima keputusan ujian COVID-19.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 10.48 malam.
Katanya, kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.
Kenderaan pacuan empat roda itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang lori tersebut, menyebabkan pemandunya tersepit.
Menurut jurucakap itu lagi, pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Zulkifli Hamad dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah, tamat kira-kira jam 12 tengah malam.
Sementara itu, menurut Twitter plusline, kemalangan telah menyebabkan lorong kanan dan kiri terhalang.
Ia sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih lapan kilometer.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Feb 11 2022
Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto ihsan JBPM
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Dua beranak maut: MPV berpusing hilang kawalan, tujuh lagi parah
Kenderaan MPV dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan pacuan empat roda, lalu berlaku pertembungan.
Bapa maut, anak cedera kemalangan kereta terbalik
Nahas melibatkan Ganesan Pannirselvan, 47 tahun, dan anaknya yang berusia 9 tahun, dari Taman Angsana Sari, di Sungai Petani.
Lelaki putus tangan kanan maut dalam kemalangan
Ooi Boon Ping, yang beralamat di Jalan Kilang Tebu Tongkang Yard, maut selepas mengalami kecederaan parah di badan selain putus tangan.
Enam cedera, kereta dipandu warga emas rempuh kedai tomyam
Enam pelanggan sebuah restoran termasuk dua kanak-kanak cedera selepas sebuah kenderaan hilang kawalan dan merempuh masuk premis makanan berkenaan.
Pemandu maut kenderaan 4x4 rempuh lori roti, Lebuhraya PLUS sesak 8km
Lelaki berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kenderaan hilang kawalan, petugas politeknik maut kemalangan
Seorang pembantu tadbir maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.