HULU TERENGGANU: Seorang pembantu tadbir maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
Siti Baizura Mat Hussin, 34 tahun, yang bertugas di Politeknik Hulu Terengganu (PHT) meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.
Nahas berlaku di kilometer 15 Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris di selekoh berhampiran Dewan Sivik Kampung Tengkawang kira-kira jam 5.15 petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Pesona dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.
Setiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandunya terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva.
Akibat kemalangan itu pemandu Perodua Viva tersebut, Ab Khalil Mat Nor, 66 tahun dan isterinya Hasnah Abdullah, 65 tahun yang duduk di bahagian penumpang hadapan mengalami cedera ringan.
Pasangan warga emas terbabit dalam perjalanan dari Felda Jerangau Barat menghala ke Chalok Setiu.
Ketiga-tiga mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba dan penyelamat tiba di lokasi kejadian.
Ketika kejadian permukaan jalan basah serta licin akibat hujan renyai.
Jenazah mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.
Manakala pasangan warga emas yang cedera dirawat di hospital yang sama.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Tue Mar 23 2021
![Kenderaan hilang kawalan, petugas politeknik maut kemalangan Kenderaan hilang kawalan, petugas politeknik maut kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616517802_petugaspolitekmau.jpg)
Siti Baizura Mat Hussin, 34 tahun, yang bertugas di Politeknik Hulu Terengganu (PHT) meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala. - Astro AWANI
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Dua beranak maut: MPV berpusing hilang kawalan, tujuh lagi parah Dua beranak maut: MPV berpusing hilang kawalan, tujuh lagi parah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711256367_Maut.jpg)
Dua beranak maut: MPV berpusing hilang kawalan, tujuh lagi parah
Kenderaan MPV dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan pacuan empat roda, lalu berlaku pertembungan.
![Bapa maut, anak cedera kemalangan kereta terbalik Bapa maut, anak cedera kemalangan kereta terbalik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41685999431_BapaMaut.jpg)
Bapa maut, anak cedera kemalangan kereta terbalik
Nahas melibatkan Ganesan Pannirselvan, 47 tahun, dan anaknya yang berusia 9 tahun, dari Taman Angsana Sari, di Sungai Petani.
![Lelaki putus tangan kanan maut dalam kemalangan Lelaki putus tangan kanan maut dalam kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673061326_Kemalangan.jpg)
Lelaki putus tangan kanan maut dalam kemalangan
Ooi Boon Ping, yang beralamat di Jalan Kilang Tebu Tongkang Yard, maut selepas mengalami kecederaan parah di badan selain putus tangan.
![Enam cedera, kereta dipandu warga emas rempuh kedai tomyam Enam cedera, kereta dipandu warga emas rempuh kedai tomyam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81651827186_TBtomyam.jpg)
Enam cedera, kereta dipandu warga emas rempuh kedai tomyam
Enam pelanggan sebuah restoran termasuk dua kanak-kanak cedera selepas sebuah kenderaan hilang kawalan dan merempuh masuk premis makanan berkenaan.
![Pemandu maut kenderaan 4x4 rempuh lori roti, Lebuhraya PLUS sesak 8km Pemandu maut kenderaan 4x4 rempuh lori roti, Lebuhraya PLUS sesak 8km](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644615237_KemalanganTapahP.jpg)
Pemandu maut kenderaan 4x4 rempuh lori roti, Lebuhraya PLUS sesak 8km
Lelaki berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
![Kenderaan hilang kawalan, petugas politeknik maut kemalangan Kenderaan hilang kawalan, petugas politeknik maut kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616517802_petugaspolitekmau.jpg)
Kenderaan hilang kawalan, petugas politeknik maut kemalangan
Seorang pembantu tadbir maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.