SEREMBAN: Seorang pemandu bas maut akibat tersepit selepas terlibat dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Jalan Sendayan Lama, berhampiran Kampung Jimah dekat sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, mangsa, G Erudayasamy, 56, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.
Beliau berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu melibatkan sebuah treler, bas, kenderaan pacuan empat roda dan sebuah motosikal.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 30 tahun sedang bergerak dari arah Nilai menuju ke arah Springhill, Sendayan.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah bas milik yang dipandu mangsa.
"Kemudian datang sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton, yang dipandu seorang lelaki berumur 35 tahun dari arah belakang bas, lalu terlanggar bahagian kanan bas tersebut, sebelum sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang seorang lelaki berusia 38 tahun melanggar kenderaan pacuan empat roda terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohd Said berkata, akibat daripada nahas tersebut, pemandu bas terbabit mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada akibat tersepit sebelum disahkan meninggal dunia manakala pemandu lori pula mengalami kecederaan di bahagian mata dan dua lagi individu yang lain hanya cedera ringan.
"Mayat mangsa telah dibawa ke bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Sek 41(1) APJ 1987 manakala siasatan lanjut masih dijalankan," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 08 2021

Keadaan treler dan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sendayan Lama, berhampiran Kampung Jimah pada Khamis. -Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Suami maut ditikam isteri akibat selisih faham
Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang wanita menikam suaminya sehingga mati dalam kejadian di hadapan sebuah pangsapuri di kawasan Kajang, semalam.

Bunuh gelandangan, dua rakan terlepas hukuman mati
Dua rakan terlepas hukuman gantung selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian seorang lelaki gelandangan tanpa niat, tiga tahun lepas. H

Nahas helikopter: Bedah siasat mangsa nahas selesai petang ini - Polis
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi semalam, telah selesai hari ini.

Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok
Bedah siasat jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi tadi, akan dijalankan pada 11 pagi esok.

Nahas helikopter: Kedutaan Besar Indonesia serah sepenuhnya kepada Malaysia untuk siasat
Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden nahas helikopter pengangkut.

Lelaki Pakistan lemas ketika mandi-manda di pantai Port Dickson
Percutian sekumpulan pekerja dari Klang, Selangor bertukar tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas ketika mandi-manda di Pantai Batu 5, Port Dickson dekat sini semalam.

Tahanan mati di Penjara Taiping: Polis rakam keterangan pegawai penjara, banduan
Polis setakat ini telah merakam keterangan dua pegawai Penjara Taiping serta 80 banduan berkaitan kes seorang banduan meninggal dunia dipercayai dipukul oleh warden penjara berkenaan.

Kanak-kanak enam tahun lemas, jatuh sungai ketika memancing
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan lemas di dalam sungai di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.

Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.

Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat sini semalam.