KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membuat permohonan maaf tanpa syarat dan terbuka secara bertulis susulan kenyataan berunsur fitnah mendakwa, hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan di bawah pentabiran bekas Perdana Menteri itu.
Tuntutan tersebut dikemukakan dalam surat bertarikh 18 Julai menerusi firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership.
Menurut surat berkenaan, firma guaman tersebut berkata permohonan maaf kepada anak guam mereka, iaitu Muhyiddin perlu disiarkan di akaun Facebook Anwar, semua laman web serta platform di mana kenyataan fitnah tersebut disiarkan.
Selain itu, dalam tempoh 24 jam daripada penerimaan surat berkenaan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu perlu mengemukakan surat atau dokumen yang ditandatangani, mengatakan Anwar sebagai Menteri Kewangan pada akhir Jun lalu meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda bernilai RM8.3 bilion.
Pada masa sama, Muhyiddin menerusi firma guaman itu menuntut agar Anwar menarik balik semua kenyataan fitnah tersebut dan memadamkan semua penyiaran kenyataan fitnah dalam tempoh sama selepas menerima surat berkenaan.
"Bahawa Datuk Seri (Anwar) memberi aku janji yang Datuk Seri tidak akan mengulangi kenyataan fitnah tersebut dan/atau membuat apa-apa kenyataan lain dan/atau lanjut yang memfitnah anak guam (Muhyiddin) kami.
"Bahawa permohonan maaf dan aku janji tersebut dibuat tertakluk kepada kepuasan dan/atau syarat-syarat seperti dipersetujui oleh anak guam kami
"Bahawa Datuk Seri membayar ganti rugi dalam jumlah yang dipersetujui anak guam kami," demikian menurut surat tersebut.
Jelas surat tersebut lagi, kenyataan fitnah dikeluarkan Anwar disifatkan pembohongan, palsu dan mengelirukan dalam maksud biasa dan semula jadi atau sindiran telah mencemar dan merosakkan nama baik serta reputasi anak guam mereka.
"(Kenyataan fitnah itu) mencalar imej dan integritinya sebagai seorang mantan Perdana Menteri dan pemimpin negara.
"Kenyataan fitnah tersebut juga menimbulkan kebencian dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap anak guam kami sehingga menyeret anak guam kami ke dalam kehinaan dan skandal awam," tambah firma guaman itu lagi.
Jika Anwar gagal mematuhi tuntutan-tuntutan dalam tempoh ditetapkan, firman guaman itu berkata pihaknya diarah untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri.
"Tetapi tidak terhad kepada menuntut ganti rugi dan relif injuksi tanpa notis lanjut kepada Datuk Seri (Anwar)," kata firma tersebut.
Sebelum ini, Muhyiddin dalam kenyataan memaklumkan pelupusan hutang peneroka Felda sudah dilakukannya pada 2021, sekali gus mendakwa tuduhan bahawa beliau tidak melaksanakan perkara itu ketika mentadbir negara adalah tidak benar.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pelupusan hutang itu disahkan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari lalu.
Hasimi Muhamad
Wed Jul 19 2023

Firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership berkata permohonan maaf kepada anak guam mereka, iaitu Muhyiddin perlu disiarkan di akaun Facebook Anwar, semua laman web serta platform di mana kenyataan fitnah tersebut disiarkan. - Gambar fail

Mahkamah Persekutuan AS arah pentadbiran Trump tidak usir pelajar sokong Palestin
Seorang hakim Mahkamah persekutuan telah mengarahkan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk tidak mengusir Badar Khan Suri, seorang lelaki India yang merupakan pelajar Universiti Georgetown.

Hutang lapuk pinjaman Tekun Nasional turun kepada RM120 juta
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional berjaya mengurangkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) atau hutang lapuk kepada RM120 juta tahun lepas berbanding RM380 juta sebelumnya.
10 Berita Pilihan - (22 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Serangan seksual, Gerard Depardieu dibicarakan Isnin depan
Pelakon legenda Perancis, Gerard Depardieu akan dibicarakan pada Isnin depan atas dakwaan serangan seksual terhadap dua wanita di set penggambaran.
Dua maut dalam serangan dron Rusia di Zaporizhzhia
Serangan Rusia telah mengorbankan dua orang di bandar tenggara Ukraine, Zaporizhzhia manakala tiga lagi di bahagian utara dan timur negara itu pada lewat malam Jumaat.
Iftar Sekampung zahir semangat ukhwah masyarakat setempat
Lebih daripada sekadar berbuka puasa, program ini turut mencerminkan semangat kejiranan dan ukhuwah yang kukuh dalam kalangan masyarakat setempat.
Dua anggota bomba maut akibat kebakaran
Dua anggota bomba ditemui mati di Korea Selatan manakala dua lagi hilang dalam kejadian lebih 20 kebakaran hutan berlaku di seluruh negara pada Sabtu termasuk yang meragut nyawa di tenggara Semenanjung Korea.
Lelaki bersenjata samun kedai emas di Kota Damansara
Seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak berani mati apabila menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya Kota Damansara, petang Sabtu.
Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di Bukit Katil
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil pada Jumaat.

Kerajaan Madani sentiasa hargai golongan agama - Zulkifli
Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang diumumkan Perdana Menteri semalam membuktikan kerajaan sentiasa menghargai peranan yang dimainkan oleh golongan agama.

PM Anwar ke Tuaran, sesi taklimat pembangunan negeri dan buka puasa
Lawatan kerja Anwar ke Sabah akan dimulakan dengan sesi taklimat pembangunan negeri yang berlangsung di Pejabat Daerah Tuaran.

Perpindahan kuil: PM Anwar nasihat semua pihak jangan jadi jaguh
Perdana Menteri berkata pihak berkaitan isu perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India sedang berunding dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara itu.

Tempahan pesawat baharu MAG kukuhkan komitmen untuk pertumbuhan - PM Anwar
Anwar berkata tempahan oleh MAG adalah pelaburan yang mengesahkan komitmen syarikat itu untuk terus berkembang dan berdaya tahan.

BKK Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam, RM250 untuk pesara dibayar minggu depan - PM Anwar
BKK Aidilfitri sebanyak RM250 akan dibayar kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 harus dilulus supaya Parlimen berfungsi bebas, berdaulat - PM Anwar
Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 harus diluluskan supaya RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 membolehkan Parlimen berfungsi sebagai sebuah institusi yang bebas dan berdaulat.

GLIC disaran buat DDI RM120 bilion dalam lima tahun untuk pacu ekonomi - PM Anwar
Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) disaran membuat pelaburan langsung domestik (DDI) sekitar RM120 bilion bagi tempoh lima tahun untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Agong berkenan lakukan tinjauan mesra sekitar Bukit Bintang bersama PM Anwar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meluangkan masa melakukan tinjauan mesra bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar Jalan Bukit Bintang.

Anwar arah Kabinet teliti cadangan had tempoh jawatan PM - Fahmi
Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diteliti oleh Kabinet,

Masih ada fitnah terhadap PM Anwar walaupun Ramadan - Setiausaha Akhbar Kanan
Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, tohmahan berkenaan juga dibuat walaupun ketika pada bulan Ramadan.