SHAH ALAM: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa punca beliau berkelakuan kasar dalam setiap ceramahnya adalah disebabkan tuduhan-tuduhan tidak berasas dilakukan Ahli Parlimen kerajaan.
Dakwa beliau, semuanya berpunca daripada pembohongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembatalan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dikatakan berpunca daripada kontraktor tarik diri dan tidak sesuai.
“Kontraktor bagi projek KXP itu merupakan lantikan oleh kerajaan negeri dan bukannya syarikat itu menawarkan diri.
“Projek tersebut diusahakan selama sembilan tahun dan menelan kos sebanyak RM27 juta untuk mengemukakannya.
“Bagaimanapun, apabila ‘Papanon’ (Anwar) mengumumkan kontraktor tarik diri, ia menyebabkan segala memorandum persefahaman (MoU) lari dan mengakibatkan pembaziran kos,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berlangsung acara Pidato Empat Menteri Besar iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah di Ideal Convention Centre (IDCC) sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 pada malam Jumaat.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi mendakwa kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) adalah disebabkan kegagalan Ahli Parlimen Tambun itu dalam mentadbir negara.
"Sejak Anwar mentadbir negara, beliau banyak melakukan perkara ditentang oleh pentadbiran kerajaan terdahulu," dakwanya.
Pada masa sama, beliau turut menyelar kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang mendakwa Anwar enggan bertemu dengannya disebabkan sering mengeluarkan kata-kata cacian.
“Jelutong kata PM (Perdana Menteri) tak mahu jumpa Menteri Besar Kedah sebab selalu caci PM.
“Ini bukan cacian tetapi saya hanya beri hujah perkara yang dia lawan dahulu, kini dia buat,” katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menggesa kerajaan untuk melaksanakan perancangan teliti yang melibatkan kehidupan rakyat.
Beliau berkata, apabila diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi memerintah negara, kerajaan kini perlu memahami masalah rakyat yang sebenar.
“Kerajaan pusat perlu buat perancangan bukannya ‘terbang’ ke sana sini tetapi tidak menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat.
“Mereka (kerajaan) perlu duduk dan perhati masalah yang dihadapi bukan sekadar melihat sahaja,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 21 2023
Sanusi menyampaikan ucapan semasa acara Pidato Empat Menteri Besar iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah di Ideal Convention Centre (IDCC) sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-69 pada malam Jumaat. - Gambar SINAR HARIAN
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.
AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.
MB Kedah akan patuhi titah Sultan Selangor, jaga tutur kata
Menteri Besar Kedah itu juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor.
AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.
Sultan Selangor terima permohonan maaf Sanusi, titah jaga adab sebagai pemimpin
Sultan Selangor berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas nama ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu.
Sultan Selangor disembah maklum permohonan maaf Sanusi
Sultan Sharafuddin Idris Shah telah disembah maklum dengan surat permohonan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Hujan lebat, air pasang besar faktor banjir di Kedah
Faktor hujan lebat disertai fenomena air pasang besar yang berlarutan selama beberapa hari dipercayai punca berlakunya banjir di negeri ini, khususnya di daerah Kota Setar.
Banjir Kedah: Nilai kerosakan, ganti rugi dijangka lebih RM100 juta
Muhammad Sanusi mengharapkan agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan peruntukan tambahan selain RM13 juta yang diumumkan pada Sabtu.
'Bukan 'honeymoon', saya tidak ke Jepun jika tahu Kedah akan dilanda banjir' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menafikan beliau ke Jepun kerana bercuti atau berbulan madu baru-baru ini.
Benar Sanusi di luar negara ketika ini, tetapi bukan sebab bercuti - Pejabat MB Kedah
MB Kedah sentiasa ikuti perkembangan masalah banjir di negeri itu dan pastikan beban bencana dihadapi mangsa ditangani dengan cepat dan berkesan.