KUALA LUMPUR: Pelantikan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat secara teratur, mengikut peraturan serta kaedah yang ditetapkan dalam perkhidmatan awam.
Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pelantikan Azam dibuat di bawah peruntukan Seksyen 5 Akta SPRM 2009.
Jelas beliau, di bawah Seksyen 5 Akta SPRM 2009, jawatan Ketua Pengarah SPRM adalah dilantik Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
“Perdana Menteri pula seperti mana dalam pelantikan mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang lain, biasanya menerima syor daripada Ketua Setiausaha Negara atau mana-mana pihak yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
“Syor ini diangkat kepada Perdana Menteri dalam bentuk kertas cadangan pelantikan pegawai yang mana di dalamnya terdapat laporan mengenai kelayakan pegawai dan justifikasi pelantikan.
“Terdapat proses tertentu dalam perkhidmatan awam yang menentukan kelayakan seseorang pegawai untuk dilantik ke mana-mana jawatan. Ini termasuk proses tapisan keselamatan dan keutuhan yang dibuat oleh pelbagai agensi dari masa ke semasa,” katanya dalam kemas kini di laman Facebook, pada Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada persoalan yang dibangkitkan Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia), Datuk Seri Azalina Othman Said sama ada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ketika itu membuat semakan latar belakang Azam sebelum beliau dilantik memegang jawatan itu.
SEMUA MENGENAI KONTROVERSI MEMBABITKAN AZAM BAKI DI SINI
Mengulas lanjut, Marzuki berkata bagi pegawai yang sedang berkhidmat pula, mereka ini adalah tertakluk kepada pelbagai peraturan dan syarat termasuk pengisytiharan harta.
Tambahnya, terdapat borang tertentu yang perlu diisi dan kaedah tertentu yang perlu dipatuhi oleh seorang pegawai yang sedang berkhidmat dalam mengisytiharkan harta masing-masing.
“Azam adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya.
“Saya percaya sebagai pegawai tinggi kerajaan yang sedang dalam perkhidmatan, beliau tertakluk kepada semua syarat dan proses ini sebelum dan selepas pelantikan dibuat,” katanya.
Justeru, beliau menegaskan tidak timbul soal isu sama ada Muhyiddin membuat semakan latar belakang pegawai atau tidak sebelum pelantikan dibuat.
Tambahnya, sebarang isu yang timbul selepas itu hendaklah ditangani menurut peruntukan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
Azam sebelum ini menegaskan tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau salah guna kuasa seperti yang didakwa pihak tertentu.
BACA: Dakwaan terhadap Azam Baki: Pemilikan saham penjawat awam? Ini yang anda perlu tahu
BACA: Isu pemilikan saham: Azam Baki yakin tidak lakukan sebarang kesalahan jenayah
Pada Rabu lalu, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang dalam sidang media khas menyatakan LPPR yang juga satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM mendapati, tiada sebarang perlakuan jenayah atau percanggahan kepentingan membabitkan Azam dalam urus niaga saham pada 2015.
Katanya, tujuan panel lembaga itu memanggil Azam pada 24 November lalu adalah untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan terbabit yang tular di media sosial kerana ia menimbulkan pandangan negatif terhadap suruhanjaya berkenaan.
Pada Khamis lalu, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam satu kenyataan, baru-baru ini, berkata di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat perlu menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan.
Hasimi Muhamad
Mon Jan 10 2022
![Pelantikan Azam Baki teratur dan mengikut peraturan - Marzuki Pelantikan Azam Baki teratur dan mengikut peraturan - Marzuki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641710181_TBAZAMBAKI.jpg)
Azam yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Mac tahun lalu - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Parlimen: Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.4 bilion Parlimen: Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.4 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720070956_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Parlimen: Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.4 bilion
Dewan Rakyat dimaklumkan jumlah kerugian akibat penipuan dalam talian mencecah RM2.65 bilion sejak 2022 hingga Jun tahun ini.
![Mary Lim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Protem Penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC Mary Lim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Protem Penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717221491_MaryLimThiamSuan.jpg)
Mary Lim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Protem Penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC
Mary Lim Thiam Suan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Protem bagi penubuhan Mahkamah Timbang Tara, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia.
![Format baharu pengisytiharan harta dikuatkuasakan dalam masa terdekat Format baharu pengisytiharan harta dikuatkuasakan dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710583989_AzalinaOthman.jpg)
Format baharu pengisytiharan harta dikuatkuasakan dalam masa terdekat
Pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran dan ahli Parlimen yang dicadangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional akan dikuatkuasakan menggunakan format baharu.
![RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710926827_TBAZALINAOTHMAN.jpg)
RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina
RCI untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak.
![Pindaan kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 90 peratus siap - Azalina Pindaan kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 90 peratus siap - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703575364_AzalinaOthman.jpg)
Pindaan kembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 90 peratus siap - Azalina
Akta Perkhidmatan Parlimen antaranya akan memberi kuasa autonomi kepada pentadbiran dan kewangan Parlimen.
![Malaysia tidak layan tuntutan remeh United Tausug Citizens ke atas Sabah - Azalina Malaysia tidak layan tuntutan remeh United Tausug Citizens ke atas Sabah - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703575364_AzalinaOthman.jpg)
Malaysia tidak layan tuntutan remeh United Tausug Citizens ke atas Sabah - Azalina
Malaysia tidak melayan sebarang bentuk tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabah.
![Kertas Pandora: Tiada pilih kasih, SPRM siasat semua nama yang tersenarai - Azalina Kertas Pandora: Tiada pilih kasih, SPRM siasat semua nama yang tersenarai - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709011686_TBAzalinaOthman.jpg)
Kertas Pandora: Tiada pilih kasih, SPRM siasat semua nama yang tersenarai - Azalina
SPRM bertindak mengikut undang-undang, peraturan dan bebas menyiasat tanpa sebarang campur tangan atau pengaruh daripada pihak luar, tegas Azalina.
![Kerajaan kaji perluas skop perlindungan Seksyen 3 Akta 792 - Azalina Kerajaan kaji perluas skop perlindungan Seksyen 3 Akta 792 - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702196992_AzalinaOthman.jpg)
Kerajaan kaji perluas skop perlindungan Seksyen 3 Akta 792 - Azalina
Kerajaan sedang menjalankan kajian sewajarnya bagi memperluas skop perlindungan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
![Reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya proses yang panjang - Azalina Reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya proses yang panjang - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701684783_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya proses yang panjang - Azalina
Reformasi pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan satu proses yang panjang.
![Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dibentang di Parlimen minggu depan - Azalina Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dibentang di Parlimen minggu depan - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700457675_TBDATUKSERIAZALI.jpg)
Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dibentang di Parlimen minggu depan - Azalina
Pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 antaranya bagi menubuhkan Suruhanjaya Kanak-Kanak Malaysia, dijangka dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat minggu depan.