PUTRAJAYA: Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Protem bagi penubuhan Mahkamah Timbang Tara, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Mary Lim dipersetujui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Turut dilantik 16 Ahli Jawatankuasa Protem termasuk Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan), Justice K.S.P. Radhakrishnan (bekas Hakim Mahkamah Agung India dan Penimbang Tara); Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus (bekas Hakim Mahkamah Rayuan)
Ahli lain ialah Datuk Mah Weng Kwai (bekas Hakim Mahkamah Rayuan), Profesor Karuiki Muigua (Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang, Universiti Nairobi, Afrika) dan Profesor Steven P. Finizio (Pengamal Undang Undang dari United Kingdom).
Turut dilantik Juan Fernande-Armesto (Penimbang Tara, Sepanyol), Zeyad Khoshaim (Penimbang Tara, Arab Saudi) Chan Leng Sun SC (Penimbang Tara, Singapura) dan Kamilah Kasim (Pengamal Undang-Undang dan Penimbang Tara, Malaysia).
"Jawatankuasa Protem ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa yang berpengalaman luas, berkredibiliti dan terkemuka dalam bidang perundangan dan Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) di peringkat domestik mahupun antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, satu Jawatankuasa Protem telah dibentuk sebagai antara langkah signifikan ke arah merealisasikan hasrat penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC.
Langkah itu selaras dengan aspirasi kolektif kerajaan Malaysia dan pihak Pertubuhan Perundingan Undang-Undang Asia-Afrika (AALCO) menerusi pemeteraian Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Tuan Rumah pada 20 Februari 2024.
BHEUU memaklumkan Jawatankuasa Protem telah diberikan mandat bagi menerajui penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC termasuk penelitian mekanisme, protokol dan rangka kerja pengoperasian secara efektif.
"Jawatankuasa ini turut berperanan untuk menerapkan elemen ketelusan, integriti dan akauntabiliti dalam pentadbiran Mahkamah Timbang Tara AIAC sebagai badan pembuat keputusan kes-kes yang dirujuk ke AIAC selaras dengan peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan AIAC," menurut kenyataan itu.
BHEUU memaklumkan penubuhan Jawatankuasa Protem itu akan dapat menyumbang secara konstruktif kepada penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC selaras dengan usaha kerajaan meminda undang-undang yang relevan termasuk Akta Timbang Tara 2005 (Akta 646) yang sedang dimuktamadkan dan dijangka dibentangkan dalam sesi Parlimen akan datang.
"Pelaksanaan inistiatif-inisiatif baharu ini dihasratkan akan dapat memperkukuh kedudukan AIAC sebagai institusi timbang tara antarabangsa yang bebas di bawah naungan AALCO, sekali gus mempromosikan Malaysia sebagai pilihan utama tempat penyelesaian timbang tara (preferred seat of arbitration) dan ADR secara keseluruhan di peringkat domestik dan antarabangsa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024

Pelantikan Mary Lim dipersetujui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. - Foto www.kehakiman.gov
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Mary Lim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Protem Penubuhan Mahkamah Timbang Tara AIAC
Mary Lim Thiam Suan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Protem bagi penubuhan Mahkamah Timbang Tara, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia.

MAHB lantik bekas hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali sebagai Pengerusi
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melantik Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutifnya berkuat kuasa hari ini.