KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak dalam kes berkenaan kerana ia bukan di bawah bidang kuasa suruhanjaya itu, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penubuhan RCI itu sebaliknya bertujuan menjadi 'misi untuk mendapatkan maklumat' bagi memastikan proses pengumpulan maklumat kes itu dapat dilaksanakan dengan baik sekali gus menyelesaikan isu-isu berbangkit yang dihadapi pasukan petugas khas.
"Hendak bercakap tentang hukuman, bukan bidang kuasa RCI, dia tidak boleh menghukum. Dia hanya ada kuasa menghukum jika orang yang dipanggil tidak mahu datang, itu dia boleh hukum... penghinaan bila dipanggil (tetapi tidak datang) adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 13.
"Penghinaan itu maksudnya ialah apa-apa perbuatan yang tidak menghormati ataupun apa-apa celaan ataupun apa-apa ancaman terhadap mana-mana RCI ini sebenarnya kita lihat sebagai hanya hukuman yang ada, bila dipanggil tak datang boleh dikenakan hukuman dan tindakan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh yang bertanyakan apakah implikasi kes itu kepada negara berikutan kesalahan tersebut amat berat dan hukuman boleh dikenakan kepada pesalah.
Pada 14 Feb lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan penubuhan RCI bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan berkuat kuasa serta merta.
Penubuhan RCI itu dibuat selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) dan diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif selaku Pengerusi.
Azalina berkata hasil siasatan RCI itu akan dibawa dan dibentangkan kepada Kabinet untuk menentukan hasilnya serta hukuman jika perlu, sebelum dibentangkan secara menyeluruh kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Komitmen daripada kerajaan MADANI selepas proses ini, kita akan bentang ke Parlimen supaya Dewan Rakyat, Dewan Negara dapat melihat sebenarnya apa yang telah berlaku, kenapakah perkara ini boleh berlaku dan apakah sepatutnya dijalankan supaya jangan lagi perkara ini berulang," katanya.
Menjawab soalan asal Mohamad Fatmi mengenai manfaat yang akan diperolehi daripada penubuhan RCI itu, Azalina berkata terma rujukan RCI yang dibentuk itu jelas membenarkannya memiliki kelebihan kuasa untuk melaksanakan siasatan secara lancar bagi memastikan kebenaran dalam isu itu dapat dicari.
"Antara terma rujukan RCI adalah mendapatkan penemuan keterangan-keterangan lanjut yang berkaitan, menyemak, mengkaji dan menyediakan pandangan jika mana-mana pihak yang berkaitan telah melanggar sebarang undang-undang, norma kerja atau pekelilingan pentadbiran dalam pelaksanaan tanggungjawab.
"(Di samping itu) Menilai, mengenal pasti dan mencadangkan syor berkenaan dengan tindakan perundangan dan bukan perundangan yang boleh diambil, dan menyediakan laporan yang mengandungi hasil kajian, analisis serta syor yang berkaitan untuk pertimbangan Jemaah Menteri," katanya.
Beliau berkata setakat ini 20 hingga 30 peratus siasatan telah dilaksanakan oleh RCI berkenaan dan difahamkan ada beberapa individu serta saksi akan dipanggil selepas Hari Raya Aidilfitri ini untuk memberi keterangan berkaitan kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024

Azalina ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

RCI Batu Puteh: Tun M tiba untuk beri keterangan
Dr Mahathir menghadiri prosiding RCI berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, di Putrajaya, hari ini.

RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina
RCI untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak.

GEG: CAP minta kerajaan tubuh RCI siasat pemain industri tembakau, vape
Persatuan Pengguna Pulau Pinang minta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pengaruh wakil industri tembakau dan vape.

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja urusan dalaman Malaysia - MFA Singapura
Menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA) penubuhan RCI itu "adalah urusan dalaman Malaysia".

RCI Batu Puteh bolehkan siasatan lanjut - Azalina
Azalina berkata penubuhan RCI itu juga akan membantu kerajaan dalam proses dan prosedur berkaitan kedaulatan negara.

Skandal LCS: Cadangan tubuh RCI telah dibawa ke Kabinet - Hishammuddin
Cadangan untuk menubuhkan RCI berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) telah dikemukakan ke mesyuarat Kabinet hari ini.

Gesa kerajaan tubuh RCI siasat insiden pencerobohan data
Gesaan bertujuan bagi mengenal pasti langkah-langkah menyeluruh dalam memperkasa keselamatan siber negara dan mendapatkan keadilan buat mangsa-mangsa kecurian data peribadi serta jenayah scammer.

Laporan akhir RCI Tabung Haji dijangka selesai Julai, 43 saksi dipanggil - Wan Junaidi
Laporan akhir hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji dijangka selesai Julai ini.

Kabinet setuju tambah baik pengurusan, operasi TH secara menyeluruh
Mesyuarat Jemaah Menteri semalam bersetuju menambah baik pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) secara menyeluruh.

Lembaga Tabung Haji sedia beri kerjasama pada RCI
Penubuhan RCI dilihat penting buat LTH menambah baik aspek pengurusan dan tadbir urus pihaknya.