KUALA LUMPUR: Malaysia tidak melayan sebarang bentuk tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai United Tausug Citizens (UTC) yang mendakwa sebagai "penjaga sah Wilayah Kesultanan Sulu" ke atas Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata UTC meminta kerajaan Malaysia untuk membuat pembayaran segera sebanyak AS$15 bilion yang didakwa mereka sebagai "Cession Money'' (Wang Penyerahan Wilayah) dan mengiktiraf UTC sebagai "Kerajaan yang berdaulat dan merdeka", selain mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di Amerika Syarikat.
"Ini merupakan percubaan terkini yang remeh dan tidak berasas oleh satu kumpulan untuk menuntut kedaulatan ke atas wilayah Malaysia dan untuk memeras wang secara tidak berasas daripada Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azalina turut menekankan bahawa Malaysia berjaya mengetepikan cubaan serupa di seluruh Eropah oleh pewaris yang mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II berdasarkan tuntutan palsu yang dikeluarkan oleh penimbang tara Dr Gonzalo Stampa.
"Kesultanan Sulu sudah tidak wujud selama beberapa dekad dan tidak diiktiraf oleh mana-mana negara berdaulat atau organisasi antarabangsa," katanya.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa penjara enam tahun terhadap Stampa oleh Mahkamah Jenayah Madrid baru-baru ini, serta larangan daripada menjalankan tugasnya sebagai penimbang tara selama setahun, adalah bukti penyalahgunaan jenayah terhadap proses timbang tara dan ketidakadilan yang dialami oleh Malaysia, hasil daripada kes tuntutan Sulu.
Beliau mengulangi kedudukan kukuh Sabah di dalam Malaysia, selain menegaskan bahawa kerajaan Malaysia menekankan bahawa penyertaan Sabah untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia adalah fakta undang-undang yang sudah ditetapkan sejak penyahjajahan pada 1963.
Sejak itu, Sabah menjadi sebahagian penting dari Malaysia.
Susulan perkembangan ini, Azalina menekankan bahawa sistem timbang tara perdagangan antarabangsa adalah mekanisme penting dalam penyelesaian pertikaian global dan ia harus dilindungi daripada percubaan tidak sah untuk menuntut negara berdaulat di bawah tuntutan timbang tara.
"Kerajaan Malaysia sedang aktif mencari semua penyelesaian undang-undang terhadap sebarang tuntutan remeh dan tidak berasas untuk mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara sepanjang masa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024

Azalina menyifatkan ia percubaan terkini yang remeh dan tidak berasas oleh satu kumpulan untuk menuntut kedaulatan ke atas wilayah Malaysia dan untuk memeras wang secara tidak berasas daripada Malaysia. - Gambar fail/Astro AWANI
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Tuntutan AS$15 bilion United Tausug Citizens terhadap Sabah 'membimbangkan' - Azalina
Tuntutan sebanyak AS$15 bilion (RM70.2 bilion) yang dikemukakan oleh United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabah perlu ditangani dengan segera oleh Malaysia.

Tuntutan UTC: Jangan persoalkan kedaulatan Sabah dalam Malaysia - Hajiji
Sebarang tuntutan luar terhadap negeri Sabah tidak akan diiktiraf oleh kerajaan negeri mahupun rakyat.

Malaysia tidak layan tuntutan remeh United Tausug Citizens ke atas Sabah - Azalina
Malaysia tidak melayan sebarang bentuk tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabah.