Pelanggan Pos Malaysia kini tidak perlu lagi mengisi nota konsainan secara manual tetapi hanya perlu datang terus (walk-in) untuk mencetak sendiri nota konsainan di cawangan Pos Laju atau kiosk melalui aplikasi e-Nota Konsainan mulai 17 Ogos ini.
e-Nota Konsainan adalah sistem elektronik layan diri yang membolehkan pelanggan membuat nota konsainan Pos Laju dengan mudah menggunakan aplikasi mudah alih Pos Malaysia Mobile App.
Berdasarkan kenyataan soalan lazim yang dikeluarkan Pos Malaysia, melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengguna semula maklumat penerima lepas daripada 'saved address' untuk penghantaran yang banyak atau berulang.
"Proses cetakan juga mudah, terutama untuk penghantaran pukal, pelanggan hanya perlu membuat bayaran setelah semua proses selesai selain boleh jejak dan kesan barang pos dengan mudah menggunakan telefon bimbit.
"Pengguna juga boleh membuat e-Nota Konsainan secara digital menggunakan aplikasi Pos Malaysia Mobile App di mana sahaja, pada bila-bila masa," menurut kenyataan itu.
Menurut Pos Malaysia, e-Nota Konsainan itu hanya boleh digunakan untuk produk Pos Laju Domestik sahaja sementara produk seperti surat, bungkusan domestik dan antarabangsa akan dibuat secara berperingkat.
Bagi pelanggan yang tidak mempunyai aplikasi Pos Malaysia Mobile App, mereka boleh mendapatkan borang daripada Pos Laju dan kakitangan mereka akan membantu menjana maklumat ke dalam sistem dan mencetakkan e-Nota Konsainan itu, menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, Pos Malaysia turut memaklumkan pengguna boleh membeli perlindungan insurans untuk barang yang menggunakan e-Nota Konsainan.
"Pelanggan boleh membuat pembatalan pembayaran dengan syarat ia dilakukan pada hari yang sama dan di lokasi cawangan yang sama tertakluk kepada status barang dan masih belum diproses," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 12 2020

e-Nota Konsainan adalah sistem elektronik layan diri yang membolehkan pelanggan membuat nota konsainan Pos Laju dengan mudah menggunakan aplikasi mudah alih Pos Malaysia Mobile App. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pelanggan Pos Malaysia boleh guna aplikasi e-Nota konsainan mulai 17 Ogos
Pos Malaysia turut memaklumkan pengguna boleh membeli perlindungan insurans untuk barang yang menggunakan e-Nota Konsainan.