Polis meminta pihak yang pernah menggunakan khidmat dua individu menyamar sebagai polis trafik untuk mengiringi kenderaan dengan mengenakan bayaran tertentu, tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu sekurang-kurangnya empat kali dengan bayaran RM100 bagi setiap perjalanan.
"Kedua-dua suspek yang ditahan Selasa lepas, dibebaskan dengan ikat jamin polis pada Jumaat lepas setelah tamat tempoh reman. Kes akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Tajudin diminta mengulas mengenai kes dua lelaki yang ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis trafik bagi menjalankan kegiatan mengiringi kenderaan dengan mengenakan bayaran, pada Selasa lepas.
Mengulas lanjut, beliau berkata polis percaya terdapat beberapa lagi individu terlibat dengan kegiatan itu, selain menyiasat daripada mana suspek memperoleh pelanggan.
Pada Selasa lepas, dua lelaki berusia 38 tahun ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis trafik bagi menjalankan kegiatan mengiringi kenderaan dengan mengenakan bayaran, di Jalan Bukit Bintang di sini.
Kedua-dua suspek itu menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBX 750, yang menyerupai motosikal milik anggota polis trafik.
Bernama
Mon Jan 11 2016
![Pelanggan polis pengiring palsu diminta tampil bantu siasatan - Polis Pelanggan polis pengiring palsu diminta tampil bantu siasatan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440666249_Tajuddin.jpg)
TAJUDIN: Polis percaya terdapat beberapa lagi individu terlibat dengan kegiatan itu, selain menyiasat daripada mana suspek memperoleh pelanggan. - Gambar Fail
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
![Lebih 500 pemandu lori kargo jalani ujian saringan COVID-19 di Pusat Pemeriksaan Darat Singapura Lebih 500 pemandu lori kargo jalani ujian saringan COVID-19 di Pusat Pemeriksaan Darat Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611352087_LORICARGOCOVIDSINGAP.jpg)
Lebih 500 pemandu lori kargo jalani ujian saringan COVID-19 di Pusat Pemeriksaan Darat Singapura
Semua pemandu lori kargo dan pengiringnya yang memasuki republik itu diwajibkan menjalani Ujian Rapid Antigen (ART) di pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands, bermula pada 9 pagi semalam.
![Anggota polis pengiring MB Kedah cedera kemalangan Anggota polis pengiring MB Kedah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81589900451_PolisKemalangan.jpg)
Anggota polis pengiring MB Kedah cedera kemalangan
Seorang anggota polis trafik mengalami kecederaan di kaki kanan selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ketika mengiringi kenderaan Menteri Besar Kedah, petang Selasa.
![Mujahid nafi subsidi kepada bakal haji rayuan dihapuskan Mujahid nafi subsidi kepada bakal haji rayuan dihapuskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81546570923_TBMUJAHID.jpg)
Mujahid nafi subsidi kepada bakal haji rayuan dihapuskan
Perkara itu adalah atas budi bicara Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan membuat pertimbangan berdasarkan kemampuan individu terbabit.
![Pelanggan polis pengiring palsu diminta tampil bantu siasatan - Polis Pelanggan polis pengiring palsu diminta tampil bantu siasatan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440666249_Tajuddin.jpg)
Pelanggan polis pengiring palsu diminta tampil bantu siasatan - Polis
Suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu sekurang-kurangnya empat kali dengan bayaran RM100 bagi setiap perjalanan.