KUALA LUMPUR:Para peminjam daripada kategori B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan bakal penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) serta perusahaan mikro mempunyai dua pilihan berkaitan bantuan pembayaran bersasar.
Menurut Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dua pilihan itu adalah menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan.
"Mengenai kos perjanjian baharu, pendekatannya adalah berbeza antara bank. Kami menggalakkan pelanggan menghubungi bank mereka untuk maklumat lebih lanjut," katanya kepada Bernama.
Persatuan itu menjelaskan bantuan itu akan disediakan bagi pembiayaan kemudahan yang diluluskan sebelum 1 Okt, 2020 dan tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan bantuan dibuat.
Menurutnya, penambahbaikan bantuan pembayaran bersasar turut diberikan kepada pelanggan daripada kumpulan M40 yang berdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Mereka hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri mengenai pengurangan pendapatan mereka dan/atau isi rumah mereka akibat pandemik COVID-19 untuk mendapatkan bantuan pengurangan ansuran bulanan, katanya.
Menurutnya, bagaimanapun, bagi pembiayaan berkadar tetap, pelanggan institusi perbankan Islam masih perlu menandatangani kontrak baharu menurut keperluan syariah.
Menurut AIBIM, bank-bank ahli AIBIM bersedia dan memberi sepenuh keyakinan kepada para pelanggan bahawa bantuan adalah tersedia dengan proses yang mudah untuk para pelanggan yang terkesan.
Para pelanggan institusi perbankan Islam boleh menghubungi pihak bank masing-masing untuk membuat permohonan bantuan pembayaran bersasar bermula 23 Nov, 2020 sehingga 30 Jun, 2021.
AIBIM juga menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memutuskan rangkaian COVID-19 selain memastikan semua komunikasi dan transaksi perbankan adalah dari dan melalui sumber yang sahih.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 07 2020

Pelanggan kumpulan M40 yang berdaftar dengan BPN perlu buat pengisytiharan kendiri mengenai pengurangan pendapatan akibat COVID-19 untuk mendapat bantuan pengurangan ansuran bulanan. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pelanggan ada dua pilihan bagi bantuan pembayaran bersasar - AIBIM
Pilihan itu adalah menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

Penutupan cawangan bank tingkatkan kecekapan operasi
Penutupan cawangan-cawangan bank merupakan satu usaha yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan operasi institusi kewangan itu, kata Persatuan Bank-bank Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Per

AIBIM tegaskan tiada unsur penindasan dalam kewangan Islam
PPIM baru-baru ini mendakwa pembiayaan perbankan Islam boleh menyebabkan pelanggan lebih berisiko untuk muflis.