Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) hari ini menegaskan bahawa pembiayaan kewangan Islam tidak mengandungi sebarang unsur penindasan.
Sehubungan itu ia menafikan sama sekali dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini bahawa pembiayaan perbankan Islam itu boleh menyebabkan pelanggan lebih berisiko untuk muflis.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan baru-baru ini menggesa Bank Negara Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji semula sistem perumahan Islam ditawarkan oleh institusi perbankan kepada orang ramai dan dipetik berkata "pinjaman perumahan itu dilihat lebih zalim daripada sistem konvensional kerana peminjam lebih berisiko untuk jatuh muflis".
Dalam satu kenyataan menyangkal serta menjelaskan perkara itu hari ini, AIBIM menyifatkan dakwaan PPIM itu tidak mengambil kira pelbagai insiatif diambil oleh persatuan bagi menyelesaikan permasalahan pelanggan terbabit.
Jelasnya, Bai Bithaman Ajil (BBA) ialah kontrak jual beli yang mana institusi kewangan Islam (IKI) dikehendaki menzahirkan harga jualan dan baki harga jualan yang belum jelas daripada pelanggan.
"Dalam hubungan ini, IKI dikehendaki untuk memberikan ibra' (rebat) kepada pelanggan yang pembiayaannya terlibat dengan projek rumah terbengkalai.
"Setelah ibra' diambil kira, jumlah yang harus dibayar oleh pelanggan pembiayaan Islam akan setara dengan pembiayaan konvensional.
"Ini adalah antara langkah memastikan hak-hak pelanggan perbankan di negara ini dilindungi. AIBIM juga amat prihatin berhubung masalah pelanggan," katanya.
Sehubungan itu, AIBIM berharap semua pihak yang memberi pandangan atau maklumat mengenai perbankan Islam agar lebih bertanggungjawab memastikan kesahihan maklumat supaya tidak menjejaskan usaha pembangunan sistem kewangan Islam secara keseluruhannya.
Malah, katanya, kalangan ahli-ahli AIBIM sudah melaksanakan pelbagai mekanisme penyelesaian bagi meringankan beban kewangan pelanggan sejak beberapa tahun kebelakangan ini seperti penstrukturan semula, penjadualan semula, pembiayaan semula dan diskaun bahkan melupuskan sebahagian atau sepenuhnya pembiayaan bagi kes-kes tertentu.
AIBIM juga menggesa pelanggan berdepan masalah projek perumahan terbengkalai untuk terus menghubungi unit aduan institusi kewangan Islam berkaitan.
"Pelanggan dinasihatkan agar tidak menggunakan khidmat pihak ketiga selaras peruntukan kerahsiaan maklumat di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013," tegasnya.
Pelanggan juga boleh mendapatkan nasihat daripada Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia (BNM).
AIBIM juga boleh dihubungi menerusi talian 03-20268003.
Bernama
Tue Jun 21 2016

PPIM baru-baru ini mendakwa pembiayaan perbankan Islam boleh menyebabkan pelanggan lebih berisiko untuk muflis.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pelanggan ada dua pilihan bagi bantuan pembayaran bersasar - AIBIM
Pilihan itu adalah menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

Institusi perbankan bersedia membantu pelanggan di kawasan PKPB dan PKPD
Pelanggan di kawasan PKPB atau PKPD yang menghadapi kesukaran membuat pembayaran pinjaman atau pembiayaan harus segera menghubungi bank untuk meminta bantuan pembayaran balik.

AIBIM tegaskan tiada unsur penindasan dalam kewangan Islam
PPIM baru-baru ini mendakwa pembiayaan perbankan Islam boleh menyebabkan pelanggan lebih berisiko untuk muflis.

Pertumbuhan industri kewangan Islam dipacu tenaga berkemahiran tinggi
AIBIM menyasarkan saiz aset industri kewangan Islam di negara berkembang 40 peratus menjelang 2020 berbanding 26 peratus ketika ini.