PUTRAJAYA: Selepas dua tahun tidak diadakan secara besar-besaran bagi mengawal penularan COVID-19, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 akan diadakan di sini esok dengan penyertaan pelbagai peringkat Keluarga Malaysia.
Majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 dengan tema 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' di Dataran Putrajaya itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Antara tarikan sempena pelancaran itu adalah persembahan lima tarian tradisional yang menterjemahkan kepelbagaian kaum di negara ini dengan diiringi lagu Keluarga Malaysia oleh Pentarama Jabatan Penerangan.
Turut diadakan bersempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 adalah program Berjalan Teguh Bersama iaitu aktiviti berjalan kaki yang antaranya akan disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Program Berjalan Teguh Bersama itu akan bermula dari Dataran Putra hingga Istana Kehakiman di sini, dengan dianggarkan lebih 10,000 Keluarga Malaysia akan menyertainya.
Persembahan jalanan termasuk hiburan jalanan, pancaragam dan persembahan tradisional akan menyambut peserta Berjalan Teguh Bersama di setiap check point atau tempat pemeriksaan ditetapkan di sepanjang laluan sejauh 2.7 kilometer itu.
Program berkonsepkan aktiviti berjalan beramai-ramai secara santai bersama keluarga itu membawa mesej semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia adalah satu daripada inisiatif bagi mendukung aspirasi Keluarga Malaysia.
Bagi menyemarakkan semangat patriotisme pula, perdana menteri juga akan melepaskan konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022.
Annuar sebelum ini berkata beliau mahu Hari Kebangsaan tahun ini disambut dengan pembaharuan iaitu melibatkan penyertaan di peringkat komuniti dan keluarga supaya tema dan konsep sambutan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' dapat dirakyatkan sepenuhnya.
Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkata ini penting kerana sambutan tidak seharusnya hanya bersifat majlis besar yang dilaksana di peringkat nasional, sebaliknya perlu menonjolkan cara setiap keluarga atau komuniti dari pelbagai latar belakang dalam menyambut hari bersejarah negara.
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 2020 diadakan secara sederhana di Dataran Perdana, Perdana Putra di sini dengan kehadiran yang terhad bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Pada tahun lepas pula, pelancarannya hanya diadakan secara dalam talian memandangkan negara ketika itu berada dalam Pelan Pemulihan Negara bagi mengawal penularan COVID-19, tiada acara sambutan secara fizikal diadakan.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia memaklumkan tiga aktiviti utama akan diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
Ia merangkumi pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya itu, Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept di Melaka.
Di samping itu, pelbagai program dan pertandingan berunsur kenegaraan telah disusun bagi memupuk serta menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan Keluarga Malaysia.
Antaranya Pertandingan ILHAM Merdeka TikTok Challenge, Pertandingan KLIK@Merdeka, Pertandingan Bintang Smule, Pertandingan Bintang Patriotik, Pertandingan Mewarna dan Melukis MYDOODLE@Merdeka, Program Pengisahan Kenegaraan, Sayembara Sajak Merdeka yang kesemuanya akan bermula pada 30 Julai hingga 16 Sept.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Hari Kebangsaan tahun ini disambut dengan pembaharuan iaitu melibatkan penyertaan di peringkat komuniti dan keluarga. - BERNAMA
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024
Kerajaan Perpaduan hari ini mengumumkan tema Malaysia Madani: Jiwa Merdeka' bagi sambutan Hari Kebangsaan untuk edisi 2024.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Terima surat layang 'selamat datang' sebelum dihujani peluru
Menurut Mohd Yusof, kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan beliau cacat kekal itu turut meragut nyawa empat rakan sepasukan dan ramai lagi yang cedera.
Hari Malaysia sama penting dengan Hari Kebangsaan, perlu dijiwai oleh setiap rakyat
Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept setiap tahun mempunyai signifikan yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan.
76 maut, 95 cedera semasa cuti Hari Kebangsaan di Vietnam
Vietnam merekodkan sebanyak 125 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 76 orang maut manakala 95 yang lain cedera semasa cuti Hari Kebangsaan selama empat hari.
[KOLUMNIS] Merapatkan jurang defisit sosial
Alhamdulillah, 31 Ogos tahun ini genap 66 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa asing.
'Tak sangka mampu lakukan aksi lompatan depan puluhan ribu penonton'
Staf Sarjan Saidatul Husna Kamarudin, 35, menceritakan aksi lompatan merentasi 66 buah motosikal Royal Enfield pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, Putrajaya, Khamis lalu.
Sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 September
Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu "Segulai Sejalai", yang membawa maksud "berjalan seiringan", akan turut akan digunakan pada sambutan itu nanti.
Hari Kebangsaan: Jalur Gemilang hiasi Burj Khalifa
Jalur Gemilang sekali lagi menyinari bangunan pencakar langit tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 semalam.
Agong zahir tahniah kepada Kerajaan Perpaduan, sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2023
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan bagi penganjuran sambutan Hari Kebangsaan 2023.