Kerajaan disarankan memberi fokus kepada sektor terjejas khususnya sektor pelancongan dalam perancangan pelan rangsangan ekonomi seterusnya dalam berdepan dengan tempias wabak COVID-19.
Penganalisis Ekonomi, Dr Madeline Berma berkata, ia bagi mengelakkan hotel berdepan tindakan menutup operasi sepenuhnya dalam tempoh enam bulan susulan pandemik yang melanda negara ini.
“Saya antara individu yang merasakan kerajaan perlu melaksanakan pakej rangsangan khususnya untuk sektor yang betul-betul terkesan.
“Ia termasuk sektor hiburan, perkhidmatan yang bersifat logistik dan perhotelan. Memang satu pakej rangsangan perlu diperkenalkan,” katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Perhotelan Malaysia (MAH), Halim Merican berkata sebanyak 20 peratus daripada 1,200 buah hotel di bawah MAH berdepan tindakan menutup sepenuhnya atau menangguhkan operasinya.
Ia sekali gus telah menjejaskan 6,000 kakitangan industri terbabit yang terpaksa diberhenti kerja atau mengambil cuti tanpa gaji dalam tempoh tertentu.
Kata Madeline, angka tersebut hanya sebahagian daripada jumlah sebenar kerana ia hanya mengambil kira hotel yang berskala besar.
“Ia hanya “tip of the iceberg” kerana angka tersebut hanya merangkumi hotel yang berskala besar sahaja.
“Hotel yang berskala kecil seperti hotel bersaiz satu bintang ke bawah, jika ada, memang mereka tidak dapat beroperasi,” tambahnya.
Pada 2 Mei lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pelan pemulihan ekonomi jangka pendek dan sederhana merangkumi semu asektor dijangka diumumkan akhir bulan ini.
Isabelle Leong
Sun May 24 2020
Kerajaan disarankan memberi fokus kepada sektor terjejas khususnya sektor pelancongan dalam perancangan pelan rangsangan ekonomi seterusnya dalam berdepan dengan tempias wabak COVID-19. - Instagram/ hamztravels
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Ketibaan vaksin: Ekonomi negara dijangka pulih bermula pertengahan tahun - Pakar
Pakar ekonomi meramalkan Malaysia berupaya memulihkan ekonomi bermula suku ketiga tahun ini, bergantung kepada kelancaran pelaksanaan program vaksinasi berkenaan.
PERMAI: Kerajaan tidak boleh hanya beri insentif berbentuk kewangan - Penganalisis
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma khuatir kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung pakej rangsangan yang diberikan.
Transformasi segera sektor pertanian, pelancongan mampu kurangkan pengangguran di Sabah
Penganalisis ekonomi, Dr Madeline Berma berkata pembangunan secara mampan di negeri itu, sekali gus dapat mengurangkan kadar pengangguran di Sabah yang ketika ini mencatatkan 5.8 peratus.
Lanjutan moratorium: Golongan B40, M40 dapat bernafas semula tetapi... - Penganalisis
Penganalisis ekonomi, Dr Madeline Berma berkata keputusan lanjutan pemberian moratorium itu mampu membantu mengurangkan beban isi rumah yang kehilangan pendapatan akibat penularan wabak COVID-19.
Penduduk bandar lebih terkesan sambut Hari Gawai dalam normal baharu
Penduduk bandar lebih terkesan menyambut Hari Gawai dalam normal baharu jika dibandingkan dengan penduduk luar bandar.
Kenali ucapan Hari Gawai mengikut etnik pribumi Sarawak
Menjelang sambutan Hari Gawai yang akan diraikan esok, lazimnya ucapan Selamat Hari Gawai Dayak Gayu Guru akan dizahirkan kepada masyarakat di Bumi Kenyalang yang menyambutnya.
Pelan Rangsangan Ekonomi: Kerajaan perlu fokus kepada sektor pelancongan
Kerajaan disarankan memberi fokus kepada sektor terjejas khususnya sektor pelancongan dalam perancangan pelan rangsangan ekonomi seterusnya dalam berdepan dengan tempias wabak COVID-19.
Pasca PKP: Tingkatkan tabungan, pelbagaikan sumber pendapatan - Dr Madeline
PKP dan COVID-19 seharusnya membuka mata atau sedikit sebanyak mengubah minda rakyat Malaysia untuk lebih bersedia di masa hadapan.
Bursa Malaysia jatuh ke paras bawah 1,500 perlu diberi perhatian serius
Kejatuhan pasaran Bursa Malaysia ke paras bawah 1,500 pada Isnin akibat pergolakan politik tempatan perlu diberi perhatian yang serius.
#MyAPEC2020: Ekonomi digital luar bandar, telefon pintar tidak memadai - Pakar
Penggunaan telefon pintar sahaja tidak memadai untuk meletakkan para IKS luar bandar di tahap yang membanggakan dalam penggunaan ekonomi digital.