KUALA LUMPUR: Ekonomi negara dijangka menunjukkan perkembangan positif menjelang pertengahan tahun ini sejajar dengan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula pada Rabu depan.
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berkata para pakar ekonomi meramalkan Malaysia berupaya memulihkan ekonomi bermula suku ketiga tahun ini, bergantung kepada kelancaran pelaksanaan program vaksinasi berkenaan.
"Ini juga sejajar dengan ramalan yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi yang menjangkakan ekonomi negara akan pulih sekitar 4.5 hingga lima peratus," katanya menerusi program liputan khas ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 ke Malaysia di Bernama TV semalam.
Madeline berkata sektor perkhidmatan merupakan antara sektor yang perlu diutamakan dalam pemberian vaksin melalui pelaksanaan program vaksinasi yang dijadual bermula pada Rabu.
"Keutamaan perlu diberikan kepada penerima vaksin dari kalangan sektor perkhidmatan dan perkilangan untuk meningkatkan kadar pengeluaran," tambahnya.
Madeline berharap dengan pelaksanaan program imunisasi di peringkat kebangsaan, sektor pelancongan dan eksport negara turut dapat digerakkan semula bagi membuka lebih peluang ekonomi kepada pemain industri.
"Sektor pelancongan dan eksport negara adalah sektor yang banyak terkesan disebabkan penutupan sempadan negara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ," katanya.
Dalam pada itu, Madeline berkata kehadiran pelaburan syarikat farmaseutikal antarabangsa ke Malaysia dalam penyelidikan dan penghasilan vaksin COVID-19 dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam negara.
Beliau berkata potensi kerjasama penyelidikan dan penghasilan vaksin dalam negara akan membuka peluang kepada pengambilan pekerja dari kalangan graduan berkemahiran tinggi.
"Kita harap kehadiran syarikat farmaseutikal dengan peluang pekerjaan akan memacu ekonomi negara dan memberi keyakinan terhadap pelabur asing dan tempatan bahawa ekonomi negara sedang berkembang dan kembali rancak dengan kitaran yang baik.
"Ini satu perkembangan baik dalam usaha menuju ke arah negara berteknologi tinggi sejajar dengan pelancaran Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 21 2021
Sektor pelancongan dan eksport negara adalah sektor yang banyak terkesan disebabkan penutupan sempadan negara sejak pelaksanaan PKP, kata Madeline. - Gambar hiasan
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman Zionis: Hamas, Fatah jumpa di China Julai ini
Kumpulan Hamas dan Fatah akan mengadakan rundingan perpaduan di China pada Julai ini, sebagai usaha untuk menyelesaikan perpecahan dalaman antara kedua-duanya.
Jerman, Perancis gesa siasat serangan di sekolah Abu Araban
Perancis dan Jerman menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan susulan 15 orang terbunuh dalam serangan terhadap sekolah di kem Nuseirat, pada Ahad lepas.
Purata iklan haram turun 50 peratus semasa PKP di Wangsa Maju - DBKL
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan purata iklan haram yang ditampal dan digantung menurun kepada 50 peratus sehari di kawasan Parlimen Wangsa Maju.
COVID-19: 31 kes baharu, 28 daripadanya kes tempatan - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 31 kes baharu dicatatkan sehingga jam 12.00 tengahari pada Isnin.
COVID-19: 88 kes pulih, 68 kes baharu dilaporkan - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 88 kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.
UMNO bangkit semula? Ini jawapan Rafidah Aziz
Kemerosotan politik serta peningkatan budaya politik wang antara faktor utama kekalahan UMNO.