JOHOR BAHRU: Satu pelan induk pengurusan dan penyuraian trafik yang komprehensif di Johor Bahru perlu dirangka bagi mengatasi masalah kesesakan trafik di bandar raya ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Onn Hafiz dalam hantaran menerusi Facebook berkata pada pertemuan beliau dan delegasi kerajaan negeri bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, mereka membincangkan beberapa isu dan cadangan penyelesaian jangka pendek, sederhana serta panjang bagi mengatasi kesesakan trafik.
Beliau berkata kerajaan Johor dan Persekutuan bersetuju bahawa satu pelan induk pengurusan dan penyuraian trafik di Johor Bahru perlu diwujudkan melalui pasukan khas yang bakal diwujudkan.
"Antara cadangan ialah mewujudkan satu ‘taskforce’ antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi membincangkan pelan penyuraian trafik selain meningkatkan kekerapan jumlah bas dan laluan perkhidmatan MyBAS, penggunaan landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad sedia ada bagi mewujudkan perkhidmatan komuter serta mengkaji integrasi Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.
"Selain itu, perlu diwujudkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) atau membina jajaran pengangkutan sistem Transit Aliran Ringan (LRT), mewujudkan khidmat bas pengantara atau 'feeder bus' bagi memudahkan pengguna ke stesen dan melebarkan jalan-jalan utama di Johor Bahru," katanya dalam hantaran berkenaan semalam.
Menurut Onn Hafiz hal berkenaan perlu dititikberatkan dan perlu dilaksanakan dalam jangka masa terdekat kerana apabila dua projek utama iaitu Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura dan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru siap dan beroperasi, isu penyuraian trafik dapat ditangani.
Beliau berkata kerajaan negeri yakin bahawa kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan itu secara tidak langsung dapat memastikan projek pengangkutan berimpak tinggi bukan saja dilaksanakan dengan pengoperasian yang lebih efisien pada tahap maksimum, malah memudahkan urusan seharian rakyat.
"Semoga segala usaha yang bakal dilaksanakan bermanfaat kepada Bangsa Johor dan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Insya-Allah" katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri Johor yakin kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dapat memastikan projek pengangkutan berimpak tinggi dilaksanakan dengan pengoperasian yang lebih efisien pada tahap maksimum. - Facebook Onn Hafiz

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.

Caj kesesakan tidak sesuai dilaksana di JB buat masa ini - Exco
Mohamad Fazli berkata, kerajaan negeri perlu terlebih dahulu mempunyai pelan induk yang lengkap bagi mengatasi kesesakan di Johor Bahru.

Lebih 400,000 pengunjung meriahkan Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru
Pesta perarakan yang dihiasi lebih 85 kenderaan berhias itu mengelilingi bandar raya di sini sejauh kira-kira 7.8 kilometer.

Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa
Seorang pengawal keselamatan meluahkan rasa terkilan tidak menjenguk kereta BMW di mana dua beranak ditemukan maut pada Khamis.

Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.

Polis tahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar di Johor
Polis Johor menahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar dari jalan Harmonium hingga ke susur keluar pekan Ulu Tiram malam tadi.

Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.

Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Lelaki maut dengan empat kesan tembakan
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan untuk siasatan secara menyeluruh.

Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.