ALOR SETAR:Tiga pelajar sekolah menengah adalah antara 11 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana berkumpul beramai-ramai, selain sebahagiannya dikesan positif dadah.
Kesemua mereka ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di dalam bilik di belakang sebuah dewan persendirian di Jalan Langgar, Alor Setar, jam 12.30 tengah malam tadi.
Pihak berkuasa mengalami kesukaran ekoran terpaksa menempuh dua pintu keselamatan yang berkunci secara automatik sebelum berjaya menyerbu tiga bilik berkenaan.
Dalam serbuan itu, polis menahan tujuh remaja yang didapati berkumpul dalam sebuah bilik manakala empat individu lagi dalam bilik berasingan.
Tiga pelajar ditahan merupakan pelajar tingkatan 1, 3 dan 5 dari dua buah sekolah di daerah Kota Setar.
Tiga pelajar terbabit berusia 13, 15 dan 17 tahun dan 9 individu lain berusia 20 hingga 21 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Norazman Mohd Nor, tangkapan dilakukan anggota dan pegawai BSJND dalam Op Bersepadu / Op Pelita berdasarkan maklumat yang diterima.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kesemua mereka didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan ditahan kerana melanggar Peraturan 22 (B) Akta 342 dan Peraturan 11 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Daripada jumlah itu, tujuh daripadanya didapati positif dadah.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif ketamin dan metamfetamin.
Nor Azman berkata, mereka yang didapati positif disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Nov 16 2020

Tiga pelajar sekolah menengah adalah antara 11 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana berkumpul beramai-ramai. - Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Imigresen serbu medan selera, tahan 58 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen menahan 58 pendatang tanpa izin disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam serbuan di medan selera di pusat bandar Puchong, Selangor, semalam.

Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000
Polis merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Bukit Lagi di sini pada Selasa lepas.

Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata tiga lelaki yang diselamatkan itu berusia antara 28 dan 35 tahun.

Polis Miri tumpaskan dua sindiket penipuan
Polis berjaya menumpaskan dua sindiket penipuan susulan penahanan 11 individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan pada 8 dan 10 Jan lepas.

KPDN Perak tumpas aktiviti penjualan sabun berjenama tiruan
Sebanyak 393 unit sabun pencuci, disyaki menggunakan cap dagangan berjenama yang dipakaikan dengan salah pada barangan tersebut.

93 warga asing ditahan dalam serbuan di Ampang Jaya - JIM
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 93 warga asing dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Pangsapuri PKNS, Taman Dagang, Ampang Jaya malam tadi.

JKN Pahang serbu klinik pergigian haram
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menyerbu sebuah premis disyaki beroperasi sebagai klinik pergigian tidak berdaftar dan dikendalikan pengamal tidak bertauliah.

Sindiket tawar kad pemastautin tetap palsu tumpas
Seramai 13 individu ditahan terdiri daripada enam warga tempatan dan tujuh warga asing berusia antara 27 hingga 44 tahun.

Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.

Polis tumpaskan cubaan seludup dadah bernilai RM3.2 juta di Tumpat
Anggota Batalion 8 menjalankan serbuan di tepi sungai di Kampung Laut, Tumpat berdasarkan maklumat yang diterima pada kira-kira pukul 10 malam.