KUALA LUMPUR: Pelajar sekolah dan warga Orang Kurang Upaya (OKU) kini boleh menikmati perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) secara percuma sepanjang masa menerusi pas perjalanan tanpa had MyRailLife yang dilancarkan hari ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata pas perjalanan percuma MyRailLife itu khusus untuk pelajar sekolah tahun satu hingga tingkatan enam serta OKU bagi perkhidmatan KTM Shuttle Timuran Sektor Gemas-Tumpat-Gemas, KTM Komuter Sektor Lembah Klang dan KTM Komuter Sektor Utara.
"Selain memanfaatkan pelajar sekolah dan OKU, pas ini dapat meringankan beban kewangan ibu bapa selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengawal kos sara hidup," katanya pada sidang media pelancaran MyRailLife di stesen KL Sentral di sini.
Menurut Loke, MyRailLife boleh digunakan tanpa had bagi pelajar sekolah dan golongan OKU yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Katanya, MyRailLife yang melibatkan kos RM4 juta setahun berkuat kuasa semalam dan mencatat 320 pendaftaran di seluruh negara pada hari pertama.
Beliau berkata jika sebelum ini, seorang OKU misalnya yang menetap di Alor Setar, Kedah dan bekerja di Butterworth, Pulau Pinang menaiki perkhidmatan komuter pergi dan balik dari stesen Alor Setar ke Butterworth, beliau perlu membelanjakan tambang perjalanan RM7.20 sehari dan RM180 sebulan untuk kos pengangkutan.
"Dengan adanya pas MyRailLife, beliau mendapat penjimatan perbelanjaan pengangkutan itu," katanya.
Beliau berkata bagi menikmati faedah MyRailLife, pengguna yang layak perlu mendaftar dengan KTMB untuk mendapatkan nombor Passenger Name Record atau PNR terlebih dahulu.
"Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi KITS (KTMB Mobile) atau melayari laman sesawang KTM," kata Loke dan menambah bahawa pengguna juga boleh mendaftar PNR untuk mendapatkan MyRailLife di kaunter KTMB.
Permohonan pendaftaran PNR boleh dilakukan oleh penumpang atau bagi pihak penumpang dengan mengemukakan dokumen berkaitan.
Loke berkata pelajar tahun satu hingga tingkatan lima perlu mengemukakan salinan asal Mykad/ Mykid/sijil lahir, sementara pelajar tingkatan enam perlu mengemukakan salinan asal Mykad/Mykid/sijil lahir berserta borang pengesahan pelajar dari sekolah pelajar berkenaan.
"OKU perlu mengemukakan salinan asal Mykad/Mykid/sijil lahir berserta salinan asal kad pendaftaran OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Negara mewakili golongan OKU Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang turut hadir pada majlis hari ini, berterima kasih kepada Loke atas kemudahan berkenaan yang memudahkan OKU bekerja dan ke sekolah.
"Sahabat OKU diseru supaya mengambil kesempatan ini dan tonjolkan kita sama seperti masyarakat yang lain," kata Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) itu.
Sementara itu, KTMB dalam kenyataannya memaklumkan pelaksanaan pas percuma MyRailLife dijangka dapat mengurangkan kos pengangkutan kepada 500,000 pelajar sekolah dan OKU setahun yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang dan utara serta perkhidmatan Shuttle Timuran.
Menurut KTMB, lebihan tren susulan penangguhan sementara perkhidmatan tren Skypark Link mulai semalam membolehkan penambahbaikan jadual waktu perkhidmatan KTMB sektor utara laluan Padang Besar ke Butterworth mulai 18 Feb (Sabtu ini) melalui peningkatan kekerapan perjalanan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023

MyRailLife boleh digunakan tanpa had bagi pelajar sekolah dan golongan OKU yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pelajar sekolah, OKU nikmati perjalanan percuma KTMB menerusi pas MyRailLife
MyRailLife boleh digunakan tanpa had bagi pelajar sekolah dan golongan OKU yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Enam lagi syarikat penerbangan laksana Pas Perjalanan IATA
Pada masa ini, sijil vaksin dari 52 negara, yang mewakili sumber 56 peratus perjalanan udara global, dapat diuruskan menggunakan aplikasi.

Malaysia Airports tawar perkhidmatan saringan keselamatan kesihatan swasta
Langkah itu diharapkan dapat memudahkan penumpang KLIA kerana pelancong dapat menjalani ujian dan menunggu keputusan ujian saringan dalam persekitaran yang selesa.

Pengguna My100, My50 boleh perbaharui pas perjalanan mulai 4 hingga 31 Mei
Urusan pembaharuan itu boleh dilakukan di semua kaunter khidmat pelanggan stesen sistem LRT, MRT, monorel, BRT dan di hab bas yang terpilih.

Imigresen tahan 24 PATI di Kajang
Jabatan Imigresen Selangor menahan 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi di sekitar Kajang, pada Isnin.

Menteri jadi promoter pas perjalanan tanpa had
Anthony Loke turun padang mempromosikan kad tanpa had kepada penumpang-penumpang MRT dan LRT baru-baru ini.