Jabatan Imigresen Selangor menahan 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi di sekitar Kajang, pada Isnin.
Pengarahnya Mohamad Shukri Nawi berkata mereka yang merangkumi 21 lelaki dan tiga wanita berusia 17 hingga 48 tahun adalah antara 40 warga asing yang diperiksa dalam operasi bermula 11 pagi di premis kedai runcit, bengkel kereta dan gerai-gerai tepi jalan yang menggunakan pekerja asing.
"Mereka terdiri daripada 11 warga Indonesia, 10 warga Bangladesh, dua dari Myanmar serta seorang rakyat Sri Lanka dan antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak memiliki pas perjalanan yang sah serta tinggal lebih masa," katanya dalam kenyataan, di sini pada Selasa.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Selangor untuk siasatan dan tindakan lanjut, katanya.
"Mereka disiasat menurut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang pas/permit yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama kerana tamat tempoh pas dan Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas," katanya.
Mohamad Shukri berkata operasi pada Isnin juga mendapati ramai warga asing telah menyalahgunakan pas atau permit yang telah diberikan dengan bekerja di sektor berbeza.
Malah katanya terdapat juga yang menggunakan Pas Lawatan (sosial) untuk melancong tetapi bekerja tanpa kebenaran.
"Kami memandang serius perkara ini dan majikan yang menggajikan warga asing ini akan turut diambil tindakan mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa termasuk mendakwa majikan di mahkamah yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, denda dan turut dikenakan sebatan jika disabitkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2019

Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Selangor untuk siasatan dan tindakan lanjut. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Empat rumah kedai musnah terbakar
Kebakaran melibatkan empat unit rumah kedai dengan anggaran keluasan keseluruhan 80 x 80 kaki telah musnah sebanyak 90 peratus.

Rezeki pengusaha bengkel bertambah pasca banjir
jumlah kenderaan yang diterimanya meningkat mendadak kepada puluhan buah dalam tempoh seminggu berbanding hanya beberapa buah sebelum ini.

Terbongkar! Depannya bengkel, belakangnya pula 'kasino mini'
Berselindung di sebalik bengkel mengecat kenderaan namun sebaik memasuki di belakang terdapat 'kasino mini' yang menjalankan kegiatan perjudian.

Tak sabar nak balik kampung? Ini 'checklist' servis kereta sebelum rentas negeri
Berdepan masalah kereta rosak terutamanya di atas lebuh raya boleh menjadi mimpi ngeri! Oleh itu anda perlu bijak dan memeriksa kereta sebelum bertolak pulang.

Bengkel kereta jadi stor simpanan ketum
Rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota Kompeni B membuat serbuan ke bengkel itu, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

COVID-19: Dari bengkel kereta ke perniagaan ikan laga
Sebelum pandemik COVID-19 melanda, Anuwar Ariffin dari Sabah menjalankan perniagaan sebagai seorang pengusaha bengkel kereta.

Bateri, tayar kereta dapat permintaan tinggi di Sarawak
Tinjauan Astro AWANI di Jalan Semarak, Petra Jaya, rata-rata penduduk sekitar memenuhi ruang kedai alat ganti dan bengkel kereta seawal 7 pagi.

Kampung Tasik dilanda banjir kilat selepas hujan lebat dan ribut
Lima rumah penduduk serta sebuah bengkel kereta turut mengalami kerosakan apabila atap rumah diterbangkan angin ribut selain dihempap pokok tumbang.

Imigresen tahan 24 PATI di Kajang
Jabatan Imigresen Selangor menahan 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi di sekitar Kajang, pada Isnin.

Dua rakyat Malaysia ditembak di Sungai Golok, seorang maut
Mangsa yang maut dikenali sebagai Sulaimi Mat Ali, 54 tahun, berasal dari jalan Atas Paloh, Kota Bharu.