Seorang rakyat Malaysia maut manakala rakannya cedera dalam satu kejadian tembakan di sebuah bengkel kereta di Lorong Pracha Ruam Jai, Jalan Prathan U, mukim Pasir Mas, dalam daerah Sungai Golok, Selatan Thailand, malam tadi.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Sulaimi Mat Ali, 54 tahun, berasal dari jalan Atas Paloh, Kota Bharu.
Mangsa yang cedera dikenali sebagai Muhammad Shahrul Aiman Mohd Abdul Aziz, 18 tahun, dari Jalan Masjid, Kota Bharu.
Dalam kejadian sekitar jam 8. 30 malam waktu tempatan itu, kedua dua mangsa dikatakan ditembak menggunakan senjata jenis Rifle M16 oleh dua individu yang tidak dikenali yang menaiki motosikal.
Menurut laporan pihak berkuasa Thailand, mangsa yang mengalami kecederaan masih dirawat di Hospital Sungai Golok.
Sementara itu, mangsa yang maut ketika mendapat rawatan di hospital sama akan dibawa pulang ke Kota Bharu hari ini.
Ketua Polis Balai Sungai Golok, Supt Supakon Pungros berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian termasuk motif serangan.
"Pihak kami juga sedang mengesan individu yang terlibat dan jumlah suspek sebenar yang terbabit serta motif serangan berkenaan" katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, mangsa yang maut itu merupakan pemilik bengkel kereta manakala yang mengalami kecederaan itu dipercayai pekerjanya.
Vivi Sumanti
Wed Feb 13 2019
Polis Sungai Golok masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian termasuk motif serangan. Foto pihak berkuasa Thailand.
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Sidang Parlimen ke-15 bermula Isnin ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.
Titah Diraja tumpuan Sidang Parlimen bermula Isnin
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula Isnin ini, dengan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan menjadi tumpuan utama.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Rakyat Malaysia masuk ke Thailand kerana tarikan makanan
Pelancong dari Malaysia yang ditemui melawat lokasi pelancongan di Thailand akui masuk ke Hatyai, Songkhla dan Pattani disebabkan tarikan makananya yang enak dan harga penginapan yang berpatutan.
Terhidu gas beracun: Seorang maut, seorang kritikal, 6 dalam pemantauan
Sebuah kilang di Perai diarah tutup selepas insiden pekerja terhidu gas beracun dari bahan kimia berbahaya, pada Rabu lalu.
Thailand sedia kongsi pengalaman kepakaran memasak
Ketua Pelancongan dan Sukan Pattani, Narong Sangprasit berkata, Thailand sedia berkongsi pengalaman dan kepakaran memasak supaya Malaysia mampu menyediakan makanan yang lazat sebagaimana pengusaha makanan di negara itu.
Siri Pertama: Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 Negeri Sembilan
Di Malaysia, pelbagai komuniti muslim menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan cara yang unik, bermula cita rasa makanan tempatan, muzik tradisional sehinggalah adat resam yang diwarisi turun menurun sejak dahulu.
Menyahut semangat kepelbagaian, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) meneruskan Siri Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 dalam usaha untuk menyampaikan mesej keterangkuman budaya ini, sekaligus memperkukuh ikatan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Bersama rakan setugas Afiezy Azaman yang berada di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan untuk laporannya.
Menyahut semangat kepelbagaian, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) meneruskan Siri Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 dalam usaha untuk menyampaikan mesej keterangkuman budaya ini, sekaligus memperkukuh ikatan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Bersama rakan setugas Afiezy Azaman yang berada di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan untuk laporannya.
"Tidak lama lagi" - Ferdy Druijf beri bayangan sertai Harimau Malaya?
Penyerang Rapid Vienna itu digembar-gemburkan antara calon pemain berdarah warisan negara untuk memperkuatkan Harimau Malaya.
AWANI Ringkas: Banjir di Sarawak makin buruk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat rumah kedai musnah terbakar
Kebakaran melibatkan empat unit rumah kedai dengan anggaran keluasan keseluruhan 80 x 80 kaki telah musnah sebanyak 90 peratus.
Rezeki pengusaha bengkel bertambah pasca banjir
jumlah kenderaan yang diterimanya meningkat mendadak kepada puluhan buah dalam tempoh seminggu berbanding hanya beberapa buah sebelum ini.
Terbongkar! Depannya bengkel, belakangnya pula 'kasino mini'
Berselindung di sebalik bengkel mengecat kenderaan namun sebaik memasuki di belakang terdapat 'kasino mini' yang menjalankan kegiatan perjudian.
Tak sabar nak balik kampung? Ini 'checklist' servis kereta sebelum rentas negeri
Berdepan masalah kereta rosak terutamanya di atas lebuh raya boleh menjadi mimpi ngeri! Oleh itu anda perlu bijak dan memeriksa kereta sebelum bertolak pulang.
Bengkel kereta jadi stor simpanan ketum
Rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota Kompeni B membuat serbuan ke bengkel itu, kira-kira jam 3.30 petang semalam.
COVID-19: Dari bengkel kereta ke perniagaan ikan laga
Sebelum pandemik COVID-19 melanda, Anuwar Ariffin dari Sabah menjalankan perniagaan sebagai seorang pengusaha bengkel kereta.
Bateri, tayar kereta dapat permintaan tinggi di Sarawak
Tinjauan Astro AWANI di Jalan Semarak, Petra Jaya, rata-rata penduduk sekitar memenuhi ruang kedai alat ganti dan bengkel kereta seawal 7 pagi.
Kampung Tasik dilanda banjir kilat selepas hujan lebat dan ribut
Lima rumah penduduk serta sebuah bengkel kereta turut mengalami kerosakan apabila atap rumah diterbangkan angin ribut selain dihempap pokok tumbang.
Imigresen tahan 24 PATI di Kajang
Jabatan Imigresen Selangor menahan 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi di sekitar Kajang, pada Isnin.
Dua rakyat Malaysia ditembak di Sungai Golok, seorang maut
Mangsa yang maut dikenali sebagai Sulaimi Mat Ali, 54 tahun, berasal dari jalan Atas Paloh, Kota Bharu.