PASIR PUTEH: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut maut selepas kereta dipandu terbabas di Kilometer 6 Jalan Kampung Padang Pak Amat ke Jeram Pasu-Telipot di sini, pada Sabtu.
Mangsa, Nur Ain Alia Mohamad Arep, 19, meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku pada jam 12.45 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah itu menerima makluman berkaitan kemalangan yang berlaku berdekatan dengan simpang ke Jeram Pasu.
Katanya, polis bergegas ke lokasi kejadian dan menjalankan siasatan terhadap kejadian itu.
“Siasatan awal mendapati sebelum itu, Nur Ain Alia bersendirian memandu kereta dalam perjalanan dari Pasir Puteh ke Jeram Pasu.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandunya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan arah ke Jeram Pasu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, pada Ahad.
Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ujarnya, turut meminta mana-mana saksi awam yang melihat kejadian supaya tampil membantu siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh salurkan ke mana-mana balai berhampiran.
“Mereka yang mempunyai maklumat juga boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Inspektor Puteri Famieza Abd Kahar di talian 017-2047828,” kata beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 10 2023

Keadaan kenderaan mangsa yang remuk selepas kereta dipandu terbabas di KM6 Jalan Kampung Padang Pak Amat ke Jeram Pasu-Telipot, Pasir Puteh pada Sabtu. - Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pelajar perempuan Tingkatan Enam maut, kereta dipandu terbabas
Mangsa, Nur Ain Alia Mohamad Arep, 19, meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku pada jam 12.45 tengah hari.