TUMPAT: Seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun berdepan detik cemas selepas dikurung dan diraba oleh dua lelaki di sebuah chalet di Pantai Sri Tujuh, di sini dalam satu kejadian pada Jumaat malam.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner, ACP Amran Dollah berkata kejadian bermula apabila pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di Kota Bharu itu dibawa oleh seorang rakan lelakinya ke sebuah chalet di pantai peranginan tersebut.
"Mangsa sebelum itu telah keluar rumah untuk makan bersama seorang rakan perempuannya sekitar jam 9 malam.
"Bagaimana pun selepas jam 11 malam, kakak kandung mangsa memaklumkan mangsa masih belum pulang.
"Selepas ibu mangsa berjaya menghubungi anaknya, anaknya (mangsa) memaklumkan dia telah dibawa oleh seorang rakan lelakinya ke sebuah chalet di Pantai Tujuh," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Amran, ibu mangsa bersama ahli keluarga lain kemudiannya telah bergegas ke lokasi tersebut, dan setibanya di sana, keluarga terdengar suara mangsa daripada salah satu bilik di chalet tersebut.
Jelasnya, di hadapan bilik berkenaan terdapat seorang lelaki berusia 20-an yang sedang tidur dan setelah ditanya, lelaki itu mengakui bahawa mangsa sedang berada di dalam bilik tersebut.
Kata Amran lagi, selepas beberapa minit pintu bilik diketuk dan dibuka, keluarga mangsa mendapati mangsa berada di dalam bilik bersama dua lelaki lain berusia 20-an.
"Semasa ketiga-tiga lelaki itu disoal siasat oleh ahli keluarga, salah seorang suspek yang berada di dalam bilik berjaya melarikan diri selepas berlaku pergelutan.
"Keluarga mangsa telah menghubungi Cawangan Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan kedua-dua suspek kemudian telah diserahkan kepada anggota Cawangan MPV yang tiba di lokasi untuk dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah.
"Hasil soal siasat dan keterangan mendapati mangsa telah dipaksa untuk masuk ke dalam bilik dan ketiga-tiga suspek enggan menghantar mangsa pulang ke rumah," katanya.
Beliau berkata, mangsa telah diraba oleh kedua-dua suspek di dalam bilik, manakala suspek ketiga bertindak sebagai pendaftar bilik dan mengawal di luar bilik.
Mangsa seterusnya telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan, dan hasil pemeriksaan pada kemaluan mangsa mendapati terdapat kesan koyakan lama akibat objek tumpul.
Amran memaklumkan, hasil temubual lanjut juga mendapati mangsa pernah dirogol seorang lelaki yang baru dikenalinya semasa bercuti di Pulau Redang, Kuala Terengganu pada awal bulan Mei 2022.
Pihaknya menerima laporan polis yang dibuat ibu mangsa pada jam 6 pagi Sabtu.
Kedua-dua suspek yang merupakan penduduk tempatan telah berjaya ditangkap dan direman selama enam hari sehingga 16 Jun depan.
Kes disiasat mengikut Seksyen14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Vivi Sumanti
Sat Jun 11 2022
![Pelajar perempuan 12 tahun diraba selepas dikurung tiga lelaki Pelajar perempuan 12 tahun diraba selepas dikurung tiga lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41622990950_RAPE.jpg)
Seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun berdepan detik cemas selepas dikurung dan diraba oleh dua lelaki di sebuah chalet di Pantai Sri Tujuh, Tumpat. - Gambar hiasan
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734595974_Pengetuamengakutid.jpg)
Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun
Seorang pengetua sekolah mengaku tidak bersalah berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 2 Julai lalu.
![Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720781067_TBSEMBURDENGGI.jpg)
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
![Kes buli babit pelajar sekolah di Kerian selesai - Exco Kes buli babit pelajar sekolah di Kerian selesai - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719392435_tbkesbuli.jpg)
Kes buli babit pelajar sekolah di Kerian selesai - Exco
Kes itu selesai selepas kedua-dua pihak bersepakat dan mangsa telah menarik semula laporan polis yang dibuat Selasa lalu.
![Kes buli pelajar perempuan: Polis rakam keterangan tujuh remaja Kes buli pelajar perempuan: Polis rakam keterangan tujuh remaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719392435_tbkesbuli.jpg)
Kes buli pelajar perempuan: Polis rakam keterangan tujuh remaja
Seramai tujuh individu telah diambil keterangan berhubung kes buli melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini.
![Lebih 700,000 pelajar diberi vaksin HPV sebelum tamat sesi persekolahan 2024 Lebih 700,000 pelajar diberi vaksin HPV sebelum tamat sesi persekolahan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716280680_HPV.jpg)
Lebih 700,000 pelajar diberi vaksin HPV sebelum tamat sesi persekolahan 2024
Kementerian Kesihatan akan memberikan suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan sebelum tamat sesi persekolahan 2024 pada Februari 2025,
![Lebih 20 pelajar perempuan keracunan makanan Lebih 20 pelajar perempuan keracunan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681578437_stomachache.jpg)
Lebih 20 pelajar perempuan keracunan makanan
Lebih 20 pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu keracunan makanan selepas menyertai satu program kepimpinan di sekolah.
![Selepas 125 tahun, SK St Paul terima pelajar perempuan Selepas 125 tahun, SK St Paul terima pelajar perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710127777_TBSESIPERSEKOLAHA.jpg)
Selepas 125 tahun, SK St Paul terima pelajar perempuan
Mahadevan berkata, ia merupakan inisiatif yang ingin dilakukan sekian lama berikutan kekurangan murid sejak lima tahun lepas.
![820,000 pelajar perempuan Tingkatan 1 tercicir imunisasi HPV 820,000 pelajar perempuan Tingkatan 1 tercicir imunisasi HPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697527803_HPV.jpg)
820,000 pelajar perempuan Tingkatan 1 tercicir imunisasi HPV
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang dalam proses perolehan vaksin bagi meneruskan pelaksanaan pemberian imunisasi HPV kepada 820,000 pelajar perempuan Tingkatan 1.
![Rogol: Lima termasuk dua pelajar sekolah ditahan Rogol: Lima termasuk dua pelajar sekolah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691665566_TBhandcuff.jpg)
Rogol: Lima termasuk dua pelajar sekolah ditahan
Seorang pelajar perempuan berdepan detik hitam selepas dirogol bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah rumah di Telok Panglima Garang, di sini pada 29 Julai lalu.
![77 pelajar sekolah rendah perempuan keracunan di Afghanistan 77 pelajar sekolah rendah perempuan keracunan di Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679613160_Afghanwomenmadras.jpg)
77 pelajar sekolah rendah perempuan keracunan di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 77 pelajar sekolah rendah perempuan di daerah Sancharak, wilayah utara Sari Pul di Afghanistan menjadi mangsa keracunan pada Ahad.