KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah penglihatan dinobatkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan pada Khamis.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, Khairulanwar Zakaria, 19, merupakan Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) terbaik Terengganu dengan memperoleh keputusan 7A (5A,2A) dalam peperiksaan itu.
Anak bongsu daripada empat beradik itu mendapat A bagi subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Tasawwur Islam serta A bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.
Khairulanwar mengalami akibat masalah pada bahagian korteks otak yang telah disahkan sebagai 'both eyes cortical blindness' ketika berada di Tingkatan Satu.
Menurutnya, walaupun perubahan ke atas dirinya agak mengejutkan, kekurangan itu dijadikan pembakar semangat untuk lebih cemerlang dalam pelajaran.
"Waktu Tingkatan Satu hingga tiga pencapaian saya dalam pelajaran agak sederhana dan biasa sehinggalah saya bertemu seorang rakan yang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk bersaing secara sihat dalam pelajaran.
"Kami sama-sama bersaing untuk berjaya. Saya ada seorang kawan lama yang dapat 'straight A', saya pun semakin bersemangat nak cuba juga dapat 'straight A' dan hasilnya, berkat doa ibu bapa dan guru saya mendapat keputusan cemerlang hari ini," ujarnya.
Khairulanwar ditemui pemberita selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaan SPM Terengganu 2022 di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, di sini, pada Khamis.
Bercerita mengenai penyakit yang dialami, katanya, dia terpaksa menjalani proses pembelajaran sistem tulisan sentuh atau braille selama setahun ketika berada di Tingkatan Dua.
"Agak sukar untuk saya menguasai sepenuhnya tulisan braille dalam tempoh yang singkat namun untuk berjaya saya perlu kuasai tulisan itu.
"Sebab itulah saya perlu ulang kembali Tingkatan Dua ketika berusia 15 tahun," katanya.
Ditanya cabaran sepanjang proses pembelajaran setelah tidak lagi mampu melihat, Khairulanwar berkata, dia menjadikan kekurangan itu untuk terus bangkit dan tidak jemu menelaah pelajaran bersama rakan.
"Disebabkan saya agak kurang membaca, saya akan buka YouTube untuk dengar apa yang saya pelajari dan akan belajar secara berkumpulan bersama rakan secara dalam talian," katanya yang ditemani ayah, Zakaria Yunus, 59, dan ibu, Maznah Mohd, 56.
Menurut Khairulanwar, dia menyimpan cita-cita untuk bergelar seorang pendidik dan berhasrat menyambung pengajian ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Cheras.
"Saya menyimpan impian nak jadi seorang guru untuk mengajar Pendidikan Khas dan Pendidikan Islam,"ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 08 2023
Khairulanwar ditemui pemberita selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaan SPM Terengganu 2022 di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, di sini, pada Khamis. - Gambar/ Sinar Harian
Gencatan senjata Gaza mula Ahad, walau ada halangan akhir
Gencatan senjata di Gaza dijangka bermula pada hari Ahad seperti yang dirancang, walaupun masih terdapat isu kecil yang perlu diselesaikan oleh perunding pada saat-saat akhir.
LYF George Town rancakkan industri perhotelan di Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, industri perhotelan mempunyai peranan besar dalam menyediakan tempat untuk menyambut kedatangan tetamu kenamaan asing dan delegasi berikutan beberapa mesyuarat ASEAN akan turut diadakan di Pulau Pinang.
Malaysia tangani risiko overtourism menerusi amalan pelancongan lestari
Meskipun Malaysia belum menghadapi lebihan pelancong secara meluas, beberapa lokasi pelancongan seperti Semporna, Sabah telah mula berdepan masalah itu.
Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Video tular kakitangan Puspakom ditampar pelanggan berlaku November lepas
Beliau berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.40 petang pada 18 Nov lepas melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang merupakan pelanggan Puspakom.
AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
PM adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom (UK) dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.
38 calon SPM di Johor terkesan banjir
Daripada angka itu, seramai 21 orang calon SPM tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.
Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini
Cuaca cerah pagi ini di kebanyakan negeri membantu melancarkan perjalanan calon untuk menghadiri ujian penting itu.
Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan
Seramai 49,980 calon di Johor akan duduki kertas peperiksaan Bahasa Inggeris kertas satu dan dua serta Tasawwur Islam pada Isnin depan.
SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir
Langkah tersebut antara mekanisme dan pelan integrasi bagi memastikan kesemua calon SPM di negeri berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan.
Calon SPM berdepan masalah, maklum segera kepada sekolah, JPN
Wong berkata, pihaknya bersedia membantu calon-calon SPM dalam memastikan mereka tidak tercicir untuk mengambil peperiksaan.
Banjir: 'Anak-anak kita jauh lebih kental' - Fadhlina puji kehadiran calon SPM lebih 97 peratus
Peratusan kehadiran calon ujian bertutur Bahasa Melayu SPM di tiga negeri yang paling terjejas akibat banjir melepasi 97 peratus.
KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka.
Banjir: Tiada keperluan adakan sesi kedua SPM - Fadhlina
Tiada keperluan untuk mengadakan sesi kedua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 kerana kehadiran calon untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu sangat memberangsangkan.