KUANTAN : Seorang pelajar sekolah menengah di Kuantan meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah lori menyebabkan ia terbabas dan merempuh sebuah kereta di Jalan Lapangan Terbang berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS), Kuantan pada Isnin.
Pelajar berusia 15 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, nahas membabitkan tiga buah kenderaan iaitu motosikal jenis Yamaha LC 135, lori Nissan dan Perodua Axia.
“Hasil siasatan awal mendapati penunggang motosikal dari arah LTSAS menghala ke arah Kuantan manakala pemandu lori dan pemandu kereta dari arah Kuantan menghala ke LTSAS.
“Ketika pemandu lori sedang membelok ke simpang sebelah kanan, secara tiba-tiba mangsa yang datang dari arah bertentangan telah melanggar lori lalu terbabas melanggar kereta yang datang dari arah Kuantan,” katanya pada Selasa.
Wan Mohd Zahari berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kerana kecuaian pemandu lori yang gagal memberi laluan kepada kenderaan yang bergerak lurus.
Bagaimanapun katanya, pemandu lori berkenaan tiada rekod saman, begitu juga mangsa.
"Namun, pemandu kereta mempunyai dua rekod saman lampau iaitu pandu laju yang dikesan menerusi sistem Saman Cops," ujar beliau.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi tujuan bedah siasat dan sampel darah serta urin mangsa diambil untuk tujuan toksikologi.
Katanya, kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 03 2023
Pelajar berusia 15 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.- Gambar/ Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Tongkat motosikal punca wanita maut rempuh tembok batu
Dalam kejadian pagi Sabtu itu, kemalangan dipercayai berpunca daripada tongkat motosikal yang bergesel dengan batu pengadang jalan.
Remaja maut ketika balik mengaji
Nor Arisya Husniyah meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Kuala Lipis.
Wanita dihempap kayu balak ditidurkan
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara di sini semalam terpaksa ditidurkan ketika mendapat rawatan di Hospital Gua Musang.
Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur
Lokasi terbabit bukan sahaja menjadi tumpuan anak tempatan di sekitar malah turut didatangi individu dari luar daerah Klang.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Lelaki maut nahas babit motosikal dan dua kereta
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu digesa untuk tampil membantu siasatan.
Warga emas maut motosikal bergesel dengan treler
Seorang warga emas berusia 61 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah treler.
Lelaki maut, motosikal terbabas rempuh papan tanda
Mangsa warga tempatan berusia 27 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.