Keputusan Pelaburan MARA Berhad menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) tahun lepas dibuat atas dasar komersial bagi aktiviti penjenamaan dan pemasaran ke arah meningkatkan jualan dan seterusnya keuntungan syarikat.
Menurut kenyataan syarikat itu pada Selasa, keputusan penajaan TRW itu dibuat secara pentadbiran amalan biasa berdasarkan belanjawan tahunan yang diperuntukkan bagi kegiatan pengiklanan dan pemasaran yang diluluskan oleh lembaga pengarah.
"Penajaan pasukan bola sepak merupakan kaedah pemasaran yang sama seperti pemasaran melalui media elektronik, cetak, atas talian dan kaedah pemasaran 'out of home' yang lain.
"Penajaan ini antara inisiatif bagi memaksimumkan kebolehlihatan jenama syarikat kepada masyarakat umum," menurut kenyataan itu.
Pelaburan Mara Berhad berkata ia mengambil bahagian dalam TRW pada 2016 dengan perbelanjaan RM200,000 dengan membeli pakej pengiklanan komersial yang ditawarkan TRW.
Ia merangkumi sembilan peratus daripada keseluruhan peruntukan syarikat bagi aktiviti penjenamaan dan pemasaran, kata syarikat itu.
Kenyataan itu berkata Pelaburan MARA ialah entiti komersial yang mempunyai peranan berbeza dengan MARA dan sebagai syarikat berasaskan keuntungan, Pelaburan MARA mempunyai strategi perniagaan dan pemasaran tersendiri untuk meningkatkan pendapatan dan keuntungan.
Ia seterusnya berkata Pelaburan MARA Berhad adalah penyumbang terbesar kepada keuntungan MARA iaitu 60 peratus daripada keuntungan keseluruhan MARA bagi tahun kewangan 2016.
Tahun lepas, syarikat itu mencatat keuntungan hampir 300 peratus berbanding 2015.
Jualan dana unit amanah bagi PMB Investment pula melebihi sasaran dengan peningkatan lebih 40 peratus dalam tempoh setahun, dan jumlah perunding unit amanah meningkat 55 peratus pada 2016 berbanding 2015.
PMB Investment merupakan syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad yang menjalankan perniagaan unit amanah dan mempunyai status Syarikat Pengurus Dana Islamik (IFMC).
Dalam pada itu, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam kenyataanya berkata penajaannya dalam pasukan Kelantan telah memberi impak besar kepada penjenamaan universiti itu.
"Pembiayaan program pemasaran dan penajaan ini dibuat secara pentadbiran menggunakan peruntukan yang diluluskan setiap tahun khusus untuk tujuan pengiklanan dan promosi tanpa melibatkan sebarang dana tajaan pelajaran pelajar dari MARA," kata UniKL.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2017

Keputusan Pelaburan MARA Berhad menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) tahun lepas dibuat atas dasar komersial. - Gambar fail

Wartawan tertonyoh mikrofon ke muka Trump terima jelingan 'tajam'
Video kejadian yang berlaku di pusat kemudahan tentera Joint Base Andrews itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Lima faktor utama mempengaruhi kejatuhan dan pemulihan FBM KLCI - Penganalisis
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengalami penurunan terbesar tahun ini, menembusi paras sokongan utama 1,490-1,500.
#AWANIRingkas 17 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 17 Mac 2025
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas
1️⃣ Lapor jika ada agamawan lakukan jenayah
2️⃣ Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri edisi Utara
3️⃣ Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
#awaniringkas

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi hari ini selepas AS mengelak daripada menutup operasi kerajaan, menunjukkan sentimen mengambil risiko yang lebih baik.

ABK24/25: Tersenarai calon terbaik, sepakan jauh penjaga gol berjaya jaringkan gol
Tanpa diduga, ia juga dianggap sebagai koleksi peribadi kerana gol yang sangat menakjubkan serta jarang berlaku.
AWANI Ringkas: Jualan mercun, 303 permohonan diluluskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk hari ketiga
Beliau hadir bagi hari ketiga merakam keterangan berhubung proses siasatan melibatkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Gunung sampah Ghazipur hampir setinggi Taj Mahal
Ghazipur menjadi salah satu tapak pelupusan sampah terbesar di dunia, dan terus menerima ratusan tan sampah dari Delhi setiap hari.
FBM KLCI: Jualan besar-besaran, apa langkah seterusnya?
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan penurunan terbesar tahun ini, melepasi paras sokongan utama 1,490-1,500. Apa yang bakal menjadi tindakan pelabur dalam keadaan semasa terutamanya dalam ketidaktentuan? Perbincangan penuh bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.

Ketengah salur RM1 juta bantuan Ramadan, Aidilfitri
Ketengah menyalurkan bantuan sebanyak RM934,200 bersempena dengan Ramadan dan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pelaburan Mara Berhad taja TRW atas dasar komersial
Keputusan Pelaburan MARA Berhad menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) tahun lepas dibuat atas dasar komersial.