Bon RM200 juta yang dilanggan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 1Malaysia Development Bhd pada 2009 tidak berisiko dan dijamin oleh kerajaan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, bon itu terjamin dan tidak ada risiko kepada pelaburan KWSP.
"Ia (jaminan kerajaan) adalah bentuk jaminan tertinggi," katanya di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa 2015 di sini, hari ini.
Menurutnya, KWSP mempunyai keyakinan yang sama dalam pelaburannya berjumlah RM1.52 bilion dalam anak syarikat 1MDB, iaitu Panglima Power Sdn Bhd (PPSB) dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd.
Shahril berkata, pelaburan itu adalah daripada pembabitan KWSP dalam membiayai dua loji tenaga melalui bon infrastruktur masing-masing pada 2003 dan 2005, sebelum 1MDB ambil alih syarikat berkenaan pada 2012 dan tahun lepas.
"Pelaburan dalam kedua-dua loji tenaga terjamin sepenuhnya kerana kredit aset asas adalah sangat kukuh.
"Kami akan dilindungi daripada aset loji tenaga di samping aliran tunai daripada jualan tenaga.
"Aliran tunai dijana daripada loji tenaga akan digunakan untuk menjelaskan hutang terlebih dulu sebelum membayar sebarang dividen kepada pemegang saham," tambahnya.
Sementara itu, Shahril berkata, berikutan selesainya kaji selidik inisiatif penambahbaikan skim KWSP semalam, KWSP akan membawa keputusan itu kepada Kementerian Kewangan untuk mencari jalan terbaik melaksanakan skim berkenaan.
Menurutnya, keputusan kaji selidik itu menunjukkan maklum balas menggalakan daripada anggota inisiatif baharu itu dan KWSP akan cuba melaksanakannya secepat mungkin.
"Inisiatif terbabit sangat penting untuk melindungi masa depan persaraan pencarum, oleh itu lebih cepat kami melakukanya, lebih baik," tambahnya.
Mengikut kajian itu, 94.4 peratus daripada 96,448 responden mahu pengeluaran penuh dana itu kekal pada usia 55 tahun dan caruman baharu dibuat antara usia 55 dan 60 akan dikeluarkan pada usia 60 tahun.
Kajian itu juga mendapati 74.6 peratus pencarum bersetuju dengan cadangan caruman KWSP didasarkan kepada upah yang ditetapkan undang-undang gaji minimum dan 61.3 peratus menyokong inisiatif melanjutkan bayaran dividen daripada usia 75 ke 100.
Sebanyak 71 peratus responden juga bersetuju dengan cadangan membenarkan pencarum menukar kepada simpanan persaraan patuh Syariah daripada skim simpanan persaraan sedia ada.
Dalam perkembangan lain, Shahril berkata, beliau tidak mengetahui mengenai sebarang cadangan menggabungkan anak syarikat 65 peratus milik KWSP, Malaysia Building Society Bhd dengan Kuwait Finance House (M) Bhd.
Beliau juga menafikan tahu mengenai hasrat Bank Negara Malaysia menarik keluar wakilnya daripada lembaga pengarah dana itu.
"Sepanjang pengetahun kami, tiada sebarang perubahan di pihak KWSP. Perkara berkenaan perlu ditanya kepada BNM dan Kementerian Kewangan," tambahnya.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong ketika berucap menggulung Rang Undang-Undang Wang Persaraan (Pindaan) 2015 di Parlimen berkata, BNM telah meminta untuk mengeluarkan wakilnya daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan KWSP.
Chua berkata, langkah bank pusat itu berikutan pembentangan cadangan pindaan Akta Wang Persaraan 2007 di Parlimen baru-baru ini, yang akan menyaksikan penyingkiran wakil tunggal BNM daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), juga dikenali sebagai Retirement Fund Inc.
Menurutnya, penyingkiran itu juga adalah atas permintaan BNM bagi mengelak percanggahan kepentingan, berikutan ia adalah pengawal selia dan oleh itu tidak perlu terbabit dalam pelaburan KWAP.
Persidangan dua hari yang bermula hari ini bertemakan 'Ekosistem Keselamatan Sosial Mapan Dalam Masyarakat Semakin Berusia'.
Ia dianjurkan secara bersama oleh KWSP dan JP Morgan Asset Management dan berjaya menarik kira-kira 400 peserta.
Bernama
Tue May 19 2015
Pelaburan KWSP dalam 1MDB dijamin kerajaan
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.