KUALA LUMPUR: Seorang petugas subkontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang memotong pokok di pembahagi jalan di Jalan Kuching di sini maut selepas dilanggar seorang pemandu mabuk pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.15 pagi berhampiran Bulatan Kepong di sini.
Menurutnya, pemandu lelaki berusia 24 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Sienta cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan orang awam berhampiran kawasan Taman Wahyu di sini
"Siasatan awal mendapati suspek dari arah pusat bandar sampai di lokasi kejadian telah mengubah laluan ke kanan lalu melanggar kon dan lori serta seorang subkontraktor DBKL yang sedang melakukan kerja pemotongan pokok kecil di pembahagi jalan.
"Mangsa berumur 74 tahun mengalami cedera parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, suspek direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.
"Ujian alkohol telah dijalankan terhadap pemandu dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian," ujarnya.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 12 2022
Menurut Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.15 pagi berhampiran Bulatan Kepong di sini. - Foto Sinar Harian
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Tanah jerlus Masjid India: Keluarga Vijaya Lakshmi terima sumbangan ihsan RM30,000
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, wang tersebut diserahkan secara tunai kepada keluarga mangsa.
Datuk Bandar Kuala Lumpur beri amaran, tiada toleransi amalan rasuah
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif tidak akan bertoleransi terhadap amalan rasuah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
DBKL tawar kadar khas kompaun trafik, kesalahan am
DBKL menawarkan kadar khas bagi kompaun kesalahan trafik dan am mulai hari ini hingga 29 Feb sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
DBKL peruntuk RM2.66 bilion untuk Belanjawan 2024
DBKL memperuntukkan sebanyak RM2.66 bilion bagi Belanjawan 2024 untuk pelaksanaan pelbagai inisiatif demi kesejahteraan dan kemakmuran warga kota.
Jalan Sungai Besi ditutup secara berperingkat mulai 2 Okt
Penutupan jalan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pelebaran, pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.
Bekas timbalan pengarah DBKL menangis selepas kali kedua bebas tuduhan rasuah
Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya mematahkan serta menyangkal kes pendakwaan dengan memberikan penjelasan yang jujur.
Bekalan elektrik terganggu, lampu isyarat tidak berfungsi di KL - DBKL
Lampu isyarat di kebanyakan jalan raya sekitar Kuala Lumpur tidak berfungsi susulan bekalan elektrik yang terputus, pada Rabu.
Wilayah Bebas Berniaga diteruskan hingga 31 Dis - DBKL
Inisiatif Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) untuk Lesen Sementara KL Prihatin yang tamat semalam akan diteruskan hingga 31 Dis ini dengan beberapa penambahbaikan diperkenalkan mulai bulan ini.
Hujan lebat, KL banjir lagi
Setakat jam 12.20 tengah hari, sebanyak sembilan lokasi di ibu negara yang terjejas.
DBKL laksana 14 langkah interim, rancang atasi banjir kilat
DBKL melaksanakan 14 langkah interim dengan kos sekitar RM10 juta di bawah Pelan Tindakan Tebatan Banjir Kilat 2022 mulai bulan ini bagi mengatasi isu banjir kilat di ibu negara.