KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh menangis selepas dilepas dan dibebaskan buat kali kedua oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.
Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya mematahkan serta menyangkal kes pendakwaan dengan memberikan penjelasan yang jujur.
"Pihak pendakwan gagal membuktikan kes di luar keraguan munasabah bagi kedua-dua pertuduhan. Mahkamah juga mendapati ia tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh (Sabudin) berdasarkan kepada segala keterangan yang ada.
"Justeru itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan bagi kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009," kata Rozina.
Sabudin, 60, yang memakai sut berwarna biru hadir di mahkamah dengan berkerusi roda kerana mengalami masalah sakit lutut.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Peguam K.Theivaendran mewakili Sabudin.
Pada 4 Julai lepas, pihak pembelaan menutup kes selepas memanggil lima saksi termasuk Sabudin memberi keterangan pada prosiding yang bermula 12 Mei lepas.
Pada 24 Mac, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Sabudin membela diri atas dua pertuduhan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen di sini pada 18 Dis 2020, yang melepas dan membebaskannya daripada dua pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Sabudin yang ketika itu Timbalan Pengarah Kanan (Awam) di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL didakwa memperoleh suapan iaitu wang tunai berjumlah RM200,000 daripada Wong May Kuan, subkontraktor kepada Dusari Niaga yang melaksanakan "Cadangan Kerja-kerja Pengisaran dan Penurapan Semula Jalan bagi Bekas Lubang Gali Syarikat Utiliti Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tahun 2018/2020 (2017/A214)" sebagai upah mengeluarkan permit kerja kepada Dusari Niaga.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di dalam kedai serbaneka di sebuah stesen minyak, Jalan Lingkaran Tengah 2, Bukit Antarabangsa di sini, dan di hadapan kediamannya di Ukay Perdana, Ampang, masing-masing pada 9 Jun 2018 dan 17 Jan 2019.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Theivaendran ketika ditemui pemberita berkata pihaknya lega dan berpuas hati dengan keputusan mahkamah hari ini manakala Wan Shaharuddin berkata pendakwaan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan tersebut.
Sabudin mempunyai satu lagi kes membabitkan enam pertuduhan rasuah yang masih dalam perbicaraan di peringkat pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022

Sabudin Mohd Salleh dilepas dan dibebaskan buat kali kedua oleh Mahkamah Sesyen hari ini daripada dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja. - Foto BERNAMA

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Bekas timbalan pengarah DBKL menangis selepas kali kedua bebas tuduhan rasuah
Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya mematahkan serta menyangkal kes pendakwaan dengan memberikan penjelasan yang jujur.

Rasuah: Bekas timbalan pengarah DBKL diperintah bela diri
Sabudin Mohd Salleh diperintahkan membela diri atas dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.

Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan bekas Timbalan Pengarah DBKL 28 Feb
Pihak pendakwaan dan pembelaan selesai berhujah mengenai rayuan itu pada 28 Jan lepas.