KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan dalam kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon Peguam Negara (AG) menyegerakan keputusan representasi bagi mengkaji 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) dihadapi Timbalan Perdana Menteri itu.
Menurut kenyataan media oleh peguam mewakili Ahmad Zahid iaitu Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh, keputusan representasi itu diperlukan segera sebelum lebih ramai saksi pembelaan dipanggil pada perbicaraan selain menjimatkan kos serta masa kedua-dua pihak.
"Pihak pembelaan mengemukakan representasi dengan lebih 200 muka surat pada 8 Dis 2022 dan 25 Jan 2023 kepada pihak pendakwaan yang antara lain memohon agar keadilan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberikan dan semua pertuduhan dikaji semula dalam kes ini.
"Sehingga hari ini, pihak pembelaan masih tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak Peguam Negara," menurut kenyataan itu.
Ahmad Zahid juga telah dirakamkan percakapannya sekali lagi selepas representasi dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jun 2023, katanya.
Pasukan pembelaan itu berkata menjadi perkara biasa bagi mana-mana individu yang sedang berdepan dengan kes jenayah untuk mengemukakan representasi kepada pihak Peguam Negara dan ia adalah hak seseorang yang dituduh untuk melakukannya.
Kenyataan itu menyebut representasi tersebut boleh dimasukkan pada bila-bila masa sekiranya seseorang dituduh mempunyai asas kuat selain banyak kepincangan dalam pertuduhan ke atasnya termasuk jika terdapat tersalah guna kuasa terhadap pendakwaan, isu siasatan dan keterangan saksi kes.
"Justeru, tidak adil untuk mana-mana pihak cuba campur tangan dan mempolitikkan isu ini. Tambahan pula, anak guam kami adalah seorang yang dituduh dan sedang menjalankan haknya untuk memasukkan representasi di peringkat ini.
"Kami berpandangan langkah pihak pembelaan melakukan proses representasi adalah berdasarkan kepada hak anak guam mengikut proses perundangan sebagaimana terdapat dalam sistem perundangan diamalkan di negara ini," kata kenyataan itu.
Kata pasukan pembelaan itu, mana-mana pihak tidak seharusnya menggunakan fakta representasi tersebut untuk kepentingan politik atau menakut-nakutkan orang ramai dengan memberi sangkaan buruk terhadap representasi itu.
"Sehubungan itu, pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memprejudiskan hak anak guam kami dalam mempraktikkan haknya bagi representasi ini," menurut kenyataan tersebut.
Selain itu, ketiga-tiga peguam berkenaan berkata antara isu diketengahkan dalam representasi tersebut ialah terdapat pendakwaan bersifat politik dalam kes itu oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas ketika itu dan pelantikan Peguam Negara yang dibuat Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk menuduh Ahmad Zahid.
"Pertuduhan itu dibuat kerana keengganan anak guam kami untuk membubarkan UMNO sehingga menyebabkan beliau dituduh. Kecacatan siasatan yang dijalankan kerana tempoh siasatan singkat (empat bulan sahaja dari tarikh siasatan bermula) akibat daripada kegopohan untuk menuduh anak guam kami.
"Selain itu, terdapat keterangan-keterangan baharu yang kukuh untuk representasi dikemukakan oleh pihak kami," menurut kenyataan tersebut.
Perbicaraan kes itu kini di peringkat pembelaan. Pihak pembelaan setakat ini telah memanggil 15 saksi termasuk Ahmad Zahid untuk memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) hadir untuk perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.