Seorang peguam yang ditahan polis Singapura semalam dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM533,000, lima tahun lepas.
Kamal Hisham Jaafar, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan minta dibicarakan.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan pecah amanah berjumlah RM515,000 pada Disember 2009 terhadap syarikat Met Mint (M) Sdn. Bhd yang mahu menyewa ruang niaga di Bangunan JB Sentral.
Atas pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama melibatkan wang RM18,000 terhadap Point Convenience Shop Sdn. Bhd., terhadap tujuan sama pada Oktober 2010.
Kamal Hisham ketika itu merupakan pengarah Southern Ads Sdn Bhd, yang diamanahkan oleh lembaga pengarah syarikat dengan penguasaan ruang niaga di JB Sentral.
Bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Mohamad Haldar Abu Aziz membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin sementara menunggu kes tersebut disebut semula pada 30 Sept ini.
Sebagai syarat tambahan, Kamal Hisham diminta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu.
Kamal Hisham, yang menjadi buruan polis Malaysia sejak tiga tahun lepas, ditahan polis Singapura pada pukul 11.15 pagi semalam sebaik didapati masuk ke negara itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada malam Selasa dari Timur Tengah.
Menerusi waran tangkap Interpol yang dikeluarkan ke atasnya, dia kemudian dibawa pulang ke sini untuk tindakan lanjut.
Pendakwaan dijalankan oleh Ketua Unit Pendakwaan Negeri Johor, Saiful Edris Zainuddin bersama Timbalan Pendakwa Raya, Nor Iffa Zarilla manakala tertuduh diwakili peguam - S.Prakash, Mohd Ashram Zakaria, Hazza Khalid, G. Sritharan dan Gobing Singh Deo.
Semasa prosiding hari ini Saiful Edris, yang mengetuai pihak pendakwaan, meminta mahkamah supaya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana dia telah menghilangkan diri selama tiga tahun.
Bagaimanapun, Prakash berkata pihak pendakwaan tidak mempunyai alasan kukuh untuk membuat permohonan itu kerana gagal menunjukkan sebarang bukti jelas terhadap pertuduhan itu.
Bernama
Thu Sep 03 2015

Kamal Hisham (gambar) mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan minta dibicarakan.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Aktivis Khalid Ismath dibenar diikat jamin interim
Pada 9 Oktober lepas, Khalid didakwa menerbitkan tiga komen berasingan yang mempunyai perkataan menghasut dalam laman sosial Facebook berkaitan solidariti untuk peguam Kamal Hisham Jaafar.

Polis tahan semula peguam kontroversi dua jam selepas bayar ikat jamin
Polis menahan semula peguam kontroversi Kamal Hisham Jaafar, dua jam selepas dia membayar ikat jamin atas dua pertuduhan pecah amanah, di pekarangan Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Peguam mengaku tidak bersalah pecah amanah RM533,000
Kamal Hisham Jaafar, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan minta dibicarakan.