IPOH: Seorang wanita sanggup bersuamikan dua lelaki kerana mahu terus bersama atas dasar sayang biarpun perbuatan tersebut salah di sisi Islam.
Seorang peguam, Shazril Khairy Mustafa mendedahkan kisah benar itu yang berlaku 10 tahun lalu melibatkan kliennya, seorang wanita tempatan berusia dalam lingkungan awal 20-an di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia.
Menurutnya, kejadian tersebut hanya terbongkar selepas suami pertama yang dikahwini di Selatan Thailand bertindak mengemukakan sijil pendaftaran perkahwinan mereka ke pejabat agama negeri berkenaan.
"Pada awalnya, wanita ini tidak mengaku tentang perkahwinan pertama tersebut dengan menafikan sekeras-kerasnya. Jadi saya bersama bapanya pergi ke Selatan Thailand untuk mengesahkan sijil pendaftaran pernikahan tersebut malah bapa wanita itu juga mengesahkan tulisan anaknya di situ.
"Wanita tersebut akhirnya membuat pengakuan dengan saya secara peribadi setelah didesak berlaku jujur dan memberi alasan bahawa perkara itu berlaku kerana dia sayangkan kedua-dua lelaki tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, perkahwinan pertama memang dirahsiakan dengan keluarga namun wanita berkenaan tidak membantah perkahwinan kedua dengan lelaki pilihan keluarga sehinggalah kejadian tersebut berlaku.
Shazril Khairy berkata, berdasarkan pengakuan yang dibuat, wanita tersebut akan bersama suami pertama pada siang hari dengan memberikan alasan pergi bekerja manakala pada sebelah petang akan pulang ke rumah ibu bapanya untuk bersama sama suami kedua.
"Apabila tahu perbuatan itu, saya nasihatkan bahawa perbuatan ini haram dan tidak boleh diteruskan. Akhirnya wanita ini akur dan memilih untuk berkahwin dengan suami kedua pilihan keluarganya.
"Memandangkan perkahwinan pertama itu sah, jadi pasangan terbabit perlu menjalani proses penceraian di mahkamah dan kemudian perlu akad nikah semula dengan suami kedua selepas tamat idah bercerai dengan suami pertama. Bagaimanapun ketika kejadian berlaku, wanita berkenaan tidak mengandung," katanya lagi.
Jelasnya, kes-kes seumpama itu banyak terjadi terutama melibatkan perkahwinan rakyat tempatan dengan wanita warga asing yang merahsiakan perkahwinan mereka dan mengatakan sudah bercerai.
Menurutnya, pendedahan yang dibuat itu bertujuan memberi pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dan menyedari perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan besar di dalam Islam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 18 2023

Perkongsian Shazril Khairy menerusi aplikasi TikTok mendapat perhatian daripada netizen. - Foto Sinar Harian
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Peguam dedah rahsia wanita bersuami dua
Kisah benar itu berlaku 10 tahun lalu melibatkan seorang wanita tempatan berusia awal 20-an di sebuah negeri di utara Semenanjung.