KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditemukan maut dengan luka kesan tembakan di kepala di sebuah rumah di Jalan Selingsing di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
"Punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti dan pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beh berkata, pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian bersama pegawai perubatan bertugas mengesahkan kematian mangsa pada 3.59 petang.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil memberi keterangan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Foo Keat How 012-7461500 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul 03-40482206 untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditemukan maut dengan luka kesan tembakan di kepala di sebuah rumah di Jalan Selingsing, hari ini.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerugian RM220,000 selepas terperdaya dengan 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil Kementerian Kesihatan dan pegawai polis.

Warga emas rugi lebih RM100,000 diperdaya 'pegawai polis palsu'
Seorang warga emas kerugian RM184,000 selepas terpedaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman.

Peniaga kerugian lebih RM100,000 diperdaya sindiket penipuan
Seorang peniaga kerugian RM136,700 selepas terperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.

Mahkamah tolak permohonan jaminan pegawai polis didakwa bunuh pelajar
Mahkamah Tinggi Ipoh pada Khamis menolak permohonan jaminan seorang pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah dengan melanggar motosikal ditunggang remaja itu, Disember lalu.

Rompak berkumpulan: Pegawai polis mengaku tidak bersalah
Pegawai polis itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pegawai polis lakukan amang seksual ditahan
Polis Johor menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya, Isnin lalu.

Pegawai polis didakwa bunuh pelajar, kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
Tiada tarikh yang ditetapkan untuk kes tersebut disebut semula di Mahkamah Tinggi.

ASP, Sarjan ditahan disyaki terlibat kes samun
Seorang pegawai polis berpangkat ASP dan seorang Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun membabitkan kerugian berjumlah RM5,150.

Kes langgar pelajar: Pegawai kanan polis didakwa esok atas kesalahan membunuh
Pegawai kanan polis yang dipercayai melanggar pelajar berusia 17 tahun hingga maut akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak, esok atas kesalahan membunuh.

Pelajar maut dilanggar, pegawai kanan polis direman tiga hari
Tempoh reman bermula pada Sabtu sehingga Isnin depan.