KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai polis berpangkat ASP dan seorang Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun membabitkan kerugian berjumlah RM5,150 di Gong Badak dekat sini, 1 Feb lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata Sarjan berusia 36 tahun itu ditahan pada Sabtu selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang merupakan penjawat awam pada hari sama, manakala pegawai berpangkat ASP berusia 42 tahun ditahan keesokannya.
Beliau berkata mangsa yang berusia 34 tahun di dalam laporannya mendakwa dibawa secara paksa oleh kedua-dua suspek ke sebuah stesen minyak di Gong Badak untuk mengeluarkan wang RM5,000 daripada mesin ATM di situ, sebelum menyerahkan RM150 lagi kepada kedua-duanya.
"Mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut arahan kedua-dua suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu itu dan melakukan transaksi sebelum menyerahkan wang itu kepada suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mazli, hasil siasatan melalui pengecaman gambar dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua-dua suspek ialah pegawai dan anggota polis.
Mazli berkata Sarjan berkenaan direman seminggu manakala pegawai polis selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.
"Polis Terengganu memandang serius sebarang penglibatan pegawai dan anggotanya dalam kes jenayah. Siasatan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang akan dijalankan supaya dapat dihadapkan ke mahkamah," katanya menambah kedua-duanya telah digantung tugas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
![ASP, Sarjan ditahan disyaki terlibat kes samun ASP, Sarjan ditahan disyaki terlibat kes samun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705210851_MazliMazlan.jpg)
Mazli berkata Sarjan berusia 36 tahun itu ditahan pada Sabtu selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang merupakan penjawat awam pada hari sama. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: KESUMA lapor kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720160645_tbSPRM.jpg)
Isu HRD Corp: Kesuma serah laporan berkaitan kepada SPRM
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyerahkan laporan mengenai isu membabitkan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Pantau Belanjawan: Atasi cabaran & manfaat peluang ekonomi bersama
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma mengulas berkenaan KDNK Negeri 2023 yang diumumkan baru-baru ini.
Individu 'Narsisistik' perlu dihindari agar hidup tenteram
Individu yang mempunyai penyakit gangguan personaliti narsisistik (NPD) atau sifat mengagumi diri sendiri secara berlebihan, perlu dihindari agar tidak menimbulkan stres dan gangguan emosi.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
menurut Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling UPSI, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, strategi itu merupakan kaedah interaksi paling efektif apabila berhadapan dengan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.
Faisal Halim sudah mula turun padang jalani sesi latihan
Pemain sayap Selangor, Faisal Halim, dikhabarkan sudah sudah mula turun ke padang untuk menjalani latihan sejak Rabu.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
wartawan Astro Arena mendapati pemain berusia 26 tahun itu sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan daripada pihak media.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
Lebih 25 tahun menjadi venue rasmi pasukan Selangor, Stadium Shah Alam telah menyimpan pelbagai kenangan dan nostalgia tersendiri kepada pemain serta peminat sukan di negeri ini.
UMNO Kelantan hantar 3 nama calon DUN Nenggiri
Badan perhubungan UMNO Kelantan akan menghantar 3 nama calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri, DUN N43 Nenggiri bulan depan
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, nama berkenaan telah disaring sebelum Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskannya dalam tempoh terdekat
![Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720156473_DhabitahSabri.jpg)
Sukan Olimpik 2024: Sudah terlambat naikkan darjah kesukaran - Nur Dhabitah
Beliau perlu sekurang-kurangnya setahun dalam usaha meningkatkan darjah kesukaran baharu bagi acara 3m papan anjal individu wanita.
![Tuntut kedaulatan Sabah: Malaysia serah nota diplomatik kepada Filipina - Laporan Tuntut kedaulatan Sabah: Malaysia serah nota diplomatik kepada Filipina - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612930428_BenderaSabah.jpg)
Tuntut kedaulatan Sabah: Malaysia serah nota diplomatik kepada Filipina - Laporan
Kerajaan Malaysia menolak pemfailan itu atas alasan pemanjangan sempadan pelantar benua yang dikemukakan Filipina dilakukan berdasarkan garis dasar Sabah.
![Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720156151_Paris.jpg)
Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media
Sebanyak 16,000 katil kadbod akan digunakan di Perkampungan Sukan Saint-Denis and Chateauroux dan di Perkampungan Media Dugny.
![Pegawai polis lakukan amang seksual ditahan Pegawai polis lakukan amang seksual ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713952888_handcuff.jpg)
Pegawai polis lakukan amang seksual ditahan
Polis Johor menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya, Isnin lalu.
![Pegawai polis didakwa bunuh pelajar, kes dipindah ke Mahkamah Tinggi Pegawai polis didakwa bunuh pelajar, kes dipindah ke Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710987692_TBPegawaipolisj.jpg)
Pegawai polis didakwa bunuh pelajar, kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
Tiada tarikh yang ditetapkan untuk kes tersebut disebut semula di Mahkamah Tinggi.
![ASP, Sarjan ditahan disyaki terlibat kes samun ASP, Sarjan ditahan disyaki terlibat kes samun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705210851_MazliMazlan.jpg)
ASP, Sarjan ditahan disyaki terlibat kes samun
Seorang pegawai polis berpangkat ASP dan seorang Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun membabitkan kerugian berjumlah RM5,150.
![Kes langgar pelajar: Pegawai kanan polis didakwa esok atas kesalahan membunuh Kes langgar pelajar: Pegawai kanan polis didakwa esok atas kesalahan membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702719793_TBZaharifAffendi.jpg)
Kes langgar pelajar: Pegawai kanan polis didakwa esok atas kesalahan membunuh
Pegawai kanan polis yang dipercayai melanggar pelajar berusia 17 tahun hingga maut akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak, esok atas kesalahan membunuh.
![Pelajar maut dilanggar, pegawai kanan polis direman tiga hari Pelajar maut dilanggar, pegawai kanan polis direman tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688358452_handcuff.jpg)
Pelajar maut dilanggar, pegawai kanan polis direman tiga hari
Tempoh reman bermula pada Sabtu sehingga Isnin depan.
![Empat lelaki termasuk dua polis ditahan samun pekerja asing Empat lelaki termasuk dua polis ditahan samun pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701763231_HandcuffGari.jpg)
Empat lelaki termasuk dua polis ditahan samun pekerja asing
Empat lelaki termasuk dua anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian menyamar sebagai pegawai polis dan samun warga asing.
![Pegawai polis terima 19 jahitan akibat cedera ketika Op Tapis Pegawai polis terima 19 jahitan akibat cedera ketika Op Tapis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700631739_PDRM.jpg)
Pegawai polis terima 19 jahitan akibat cedera ketika Op Tapis
Seorang pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut menerima 19 jahitan selepas cedera di bahagian muka akibat terjatuh ketika hendak menahan suspek semasa Op Tapis Khas Isnin lep
![196 warga PDRM ditahan kerana dadah dalam 10 bulan pertama tahun ini - KPN 196 warga PDRM ditahan kerana dadah dalam 10 bulan pertama tahun ini - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696916245_sidangmediakhas.jpg)
196 warga PDRM ditahan kerana dadah dalam 10 bulan pertama tahun ini - KPN
Seramai 196 anggota dan pegawai polis ditahan kerana terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
![Pegawai dan enam anggota polis ditahan bantu siasatan kes curi Pegawai dan enam anggota polis ditahan bantu siasatan kes curi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696577172_handcuff.jpg)
Pegawai dan enam anggota polis ditahan bantu siasatan kes curi
Polis menahan seorang pegawai dan enam anggota polis yang bertugas di Selangor bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian pelbagai barangan.
![Inspektor jatuh dari ketinggian enam meter ketika kejar suspek miliki dadah Inspektor jatuh dari ketinggian enam meter ketika kejar suspek miliki dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692459760_HusseinOmarKhan.jpg)
Inspektor jatuh dari ketinggian enam meter ketika kejar suspek miliki dadah
Seorang pegawai polis cedera di kaki selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira enam meter semasa mengejar seorang suspek yang dipercayai memiliki dadah pada Sabtu lepas.