TUGAS dan peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cukup luas.
Dalam istilah mudah, tugas warga PDRM itu bermula daripada daftar kelahiran (yang suatu ketika dahulu dikendalikan oleh kami) sehinggalah daftar kematian.
Malah, urusan menggali semula kubur bagi meneruskan penyiasatan juga membabitkan PDRM.
Malangnya, masyarakat kita agak susah untuk mengucapkan terima kasih kepada PDRM.
Polis cenderung terus ‘dihukum’ apabila membuat sesuatu kesilapan atau mengambil tindakan yang tidak menyebelahi kepentingan mereka.
Yang peliknya ‘kejayaan’ polis diukur dari sudut kesilapan dilakukan ketika menjalankan tugas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, melangkah ke-215 tahun usia penubuhan PDRM, akan terus perkasa integriti dan pertahan kedaulatan undang-undang.
Hasrat PDRM untuk memperkenalkan program kembali ke pusat latihan (back to training centre) untuk pegawai dan anggota bermasalah khususnya terbabit dalam isu integriti serta moral sewajarnya diberikan pujian.
Ini kerana ia bertujuan memperkasa pegawai dan anggotanya melalui penerapan nilai murni bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam isu integriti, selain memberi bimbingan serta sokongan kepada mereka.
Ia juga mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan menjaga imej PDRM, sekali gus memberi peluang kedua kepada mereka tersalah langkah untuk memperbaiki diri sendiri.
Dalam organisasi besar seperti PDRM, sudah tentu terdapat segelintir pegawai dan anggota bermasalah dari segi integriti serta moral.
Namun, semakin ramai jumlah anggota, kebarangkalian menimbulkan masalah tetap ada. Apa dikesalkan, masyarakat tetap menganggap gejala ini seperti sinonim dengan pasukan polis.
Ia tidak adil kepada pegawai dan anggota yang bekerja keras, mengekalkan integriti demi kesejahteraan dan keselamatan negara.
Mengikut mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, hanya satu peratus daripada kira-kira 100,000 anggota PDRM terbabit gejala rasuah.
Maklumat ini disahkan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad, yang gigih memperjuangkan isu integriti PDRM, bahawa 1,571 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan tatatertib sepanjang 2021.
Antara kesalahan integriti dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan, berkahwin tanpa kebenaran, enggan menerima laporan dan meminta imbuhan.
Selain itu, terdapat juga 23 pegawai dan anggota polis direkodkan terbabit kesalahan jenayah, rasuah (18), dadah (84), dan syariah (48).
Datuk Seri Azman Ujang, Ahli Lembaga Penasihat SPRM berpendapat bahawa usaha melatih semula pegawai dan anggota bermasalah itu nawaitunya baik tetapi persoalannya bagaimana ia boleh dilakukan agar lebih berkesan dan efektif?
Ramai berpendapat amalan seperti biasa, mereka akan diajar mengenai pelbagai teori dan maklumat ilmiah bagaimana mengekalkan integriti dalam pasukan polis.
Oleh itu, fokus program ini perlu menyemaikan aspek pendekatan agama the fear of God dan pendidikan moral bagi mempertingkat ketahanan serta jati diri supaya menjauhi amalan tidak bermoral dan berintegriti khususnya rasuah bagi jangka masa yang panjang.
Strategi ini sesuai di Malaysia yang mana majoriti rakyatnya beragama Islam.
Pandangan Tan Sri Ismail Ibrahim, mantan Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia bahawa sebenarnya hal ini merupakan nilai universal.
Integriti sukar diajar. Ia terpahat dalam jiwa sama ada dimiliki seseorang atau tidak. Ada berpendapat doktrin agama juga tidak berupaya mengubah perasuah.
Pembudayaan integriti diamalkan dalam diri sejak kecil hasil good parenting (termasuk ibu bapa tunjuk contoh yang baik) dan sistem persekolahan baik yang boleh membantu membentuk akhlak dan peribadi yang baik serta bagi membentuk pembangunan modal insan masyarakat bencikan rasuah.
Ini disahkan teori jenayah (nature vs nurture) bahawa faktor persekitaran lebih mempengaruhi tingkah laku atau akhlak perasuah daripada keturunan.
Faktor cara dibesarkan, sistem pendidikan yang boleh tingkatkan integriti dan contoh yang baik.
Bekas Duta Malaysia Datuk Yahaya Abd Jabar berpendapat bahawa di kebanyakan negara maju yang tahap integriti sangat tinggi dan rasuahnya rendah, mereka tidak menggunakan cara “takut Tuhan” dalam menangani isu integriti dan rasuah.
Mereka memberi keutamaan dan tumpuan kepada sistem pendidikan dan keterbukaan pentadbiran yang membawa impak baik sedangkan kita sudah guna lama sikap takutkan Tuhan tetapi tidak berjaya sangat seperti yang dikehendaki.
Indeks Persepsi Rasuah 2021 yang mana Finland dan Denmark adalah antara negara yang paling kurang rasuah.
Bagi negara Islam UAE mendapat tempat ke 24 manakala Malaysia 62 daripada 180 negara. Sudan, Somalia dan Syria berada di kedudukan tercorot.
Apa apapun kredibiliti, pengalaman dan kepakaran tenaga pengajar juga perlu diberi keutamaan supaya ia lebih memberi impak positif kepada peserta kursus.
Untuk kelestarian, apabila tamatnya kursus pegawai atasan juga hendaklah menunjukkan contoh baik dan menjalankan tanggungjawab pengawasan kepada pegawai bawahan. Kepemimpinan melalui teladan patut ditonjolkan dan bukan sekadar cakap kosong.
Sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan berkhidmat demi kepentingan awam menjadi inti pati kepada istilah integriti serta etika yang patut ada kepada pegawai dan anggota polis.
Tingginya budi pekerti dan bergerak berlandaskan prinsip berfokuskan integriti dapat tingkatkan prestasi, produktiviti serta mampu meyakinkan rakyat terhadap kewibawaannya dalam proses penyampaian perkhidmatan.
Dengan kata lain, integriti dan etika dalam pekerjaan serta organisasi bukan sekadar pembabitan individu untuk menyediakan keperluan diri sahaja, sebaliknya membabitkan tindakan baik dilakukan dalam kerja dan semua ini mempunyai kaitan rapat dengan ajaran agama dan tanggungjawab sebagai manusia.
Adalah baik jika PDRM melaksanakan tapisan keutuhan dan keselamatan rapi terutama semasa pengambilan pegawai pegawai kanan dan untuk mengisi jawatan berisiko tinggi.
Di Amerika Syarikat (AS), ujian poligraf dilaksanakan dalam pengambilan pegawai polis, tentera, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA).
Amalan itu turut dibuat di Singapura membabitkan polis, tentera, Biro Penyiasatan Amalan Rasuah, Kementerian Sumber Manusia serta pejabat pendakwa raya.
Untuk kelestarian mengekalkan integriti, mereka menjalankan ujian poligraf secara rawak dan impaknya sangat memberangsangkan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sendiri pernah menyatakan apabila nilai integriti rapuh, ditambah dengan ruang dan peluang mendapat habuan lumayan daripada pihak berkaitan, maka kecenderungan untuk terjerumus dalam rasuah adalah besar.
Diharapkan latihan semula pegawai dan anggota dapat memperkasa integriti PDRM, sekali gus meningkatkan imej, prestasi serta kepercayaan orang ramai.
Usaha bersungguh dan baik terutama dari aspek pencegahan patut diberi pujian serta sokongan sepenuhnya.
*Datuk Sri Akhbar Satar ialah Ahli Lembaga Institut Integriti Malaysia (IIM)
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Akhbar Satar
Sat Apr 16 2022

AKHBAR SATAR: Integriti sukar diajar. Ia terpahat dalam jiwa sama ada dimiliki seseorang atau tidak. Ada berpendapat doktrin agama juga tidak berupaya mengubah perasuah. -Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kerajaan wajar pertimbang pengecualian cukai kepada syarat lengkap CISM - Akhbar Satar
Kerajaan wajar mempertimbangkan pengecualian cukai kepada syarikat-syarikat yang melengkapkan Program Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).
![[KOLUMNIS] Memperkasa tatakelola dan integriti: Menelusuri usaha pembaharuan di Wilayah Persekutuan [KOLUMNIS] Memperkasa tatakelola dan integriti: Menelusuri usaha pembaharuan di Wilayah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724313495_TBdbkljpg.jpg)
[KOLUMNIS] Memperkasa tatakelola dan integriti: Menelusuri usaha pembaharuan di Wilayah Persekutuan
Memperkasa tatakelola dan integriti: Menelusuri usaha pembaharuan di Wilayah Persekutuan
![[KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya? [KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714403814_SPRMlogo.jpg)
[KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya?
Amalan tadbir urus yang baik demi kepentingan awam adalah lebih penting daripada jawatan yang dipegang. Namun, bila agaknya ahli politik di negara ini boleh mengikut prinsip sedemikian rupa?

PRN: Pemimpin politik perlu bersikap 'gentleman', tidak rasuah pengundi - Akhbar Satar
Pemimpin politik yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi diingatkan agar tidak menggunakan duit demi mendapatkan undi rakyat.

Belanjawan 2023: Pembatalan rundingan terus, jimat kos, lebih telus - Akhbar Satar
Inisiatif membatalkan kaedah rundingan terus bagi projek mega dalam Belanjawan 2023 mampu menjimatkan kos dan mengelakkan pemberian komisen kepada 'orang tengah'.

Indeks CPI: Skor negara menurun dipengaruhi pelbagai faktor penilaian - Akhbar Satar
Indikator dalam menentukan indeks persepsi rasuah bukan sahaja dipengaruhi oleh jumlah kes rasuah yang berlaku di dalam negara, namun ia membabitkan beberapa faktor termasuk sosio-ekonomi dan politik.

Apabila sedekah menjadi rasuah
Rasuah adalah ibu segala kegiatan jenayah dan kejahatan.

Sistem dalam negara perlu dipegang pemimpin berintegriti - Akhbar Satar
Ciri-ciri tersebut amat penting bagi memastikan penguatkuasaan sesuatu akta itu dapat dilaksanakan dengan telus.

PRU15: 'Ada udang di sebalik batu' apabila ahli politik enggan isytihar harta - Akhbar Satar
Ahli politik tidak perlu takut untuk dedahkan kekayaan jika ia datang dari sumber yang tidak melanggar undang-undang.

Rasuah: Hukuman pesalah golongan elit perlu lebih berat - Akhbar Satar
Golongan elit mempunyai wang yang cukup untuk mengupah peguam-peguam yang handal bagi membela mereka dalam penghakiman dan secara tidak langsung membebaskan mereka daripada pertuduhan tersebut.