KUALA LUMPUR: Inisiatif membatalkan kaedah rundingan terus bagi projek mega dalam Belanjawan 2023 mampu menjimatkan kos dan mengelakkan pemberian komisen kepada 'orang tengah', kata Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia (MACFE), Datuk Seri Akhbar Satar.
Beliau berkata pelaksanaan perolehan kerajaan mesti telus dan terbuka berlandaskan tatakelola yang baik, tidak boleh sewenang-wenangnya berlaku pembaziran wang rakyat dan pelanggaran hukum menggunakan kaedah rundingan terus.
"Tindakan membatalkan kaedah rundingan terus itu juga menunjukkan kerajaan tegas dalam mengelakkan pembaziran tiris termasuk mungkin ada penipuan atau harga diletakkan terlalu tinggi," katanya kepada Bernama.
Akhbar, yang juga ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), berkata sekiranya projek mega diperolehi menerusi rundingan terbuka, kebiasaannya, harga yang ditawarkan adalah yang terbaik iaitu keuntungan dalam lingkungan 15 hingga 20 peratus berbanding 50 peratus menerusi rundingan terus.
"Peringatan kepada kontraktor bahawa tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan harga tinggi termasuk komisen kepada pegawai kerajaan. Pastikan juga pihak yang menjaga dan meluluskan tender projek mega mempunyai integriti dalam memastikan tiada unsur penyelewengan dan rasuah ketika rundingan," katanya.
Akhbar berpandangan jika konsep rundingan harus dibuat secara terus, pastikan ia dijalankan secara berintegriti dan telus.
"Memberi projek rundingan langsung hanya harus diberikan kepada kontraktor yang kompeten dan berwibawa dan harus dilaksanakan dengan integriti penuh. Langkah mengelak penipuan tawaran adalah untuk menetapkan prakelayakan syarikat atau kontraktor dengan menghendaki mereka mengemukakan penyata kewangan yang telah diaudit sejak beberapa tahun, " katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Rasuah Busters, Nurhayati Nordin, berkata reformasi institusi melalui pembentangan Akta Perolehan Kerajaan dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang diumumkan dalam Belanjawan 2023, sebelum ini adalah sebahagian daripada tuntutan rakyat.
Beliau berkata keadilan hanya dapat dicapai sekiranya fungsi institusi pendakwaan dan kehakiman tidak dipengaruhi oleh kuasa eksekutif yang boleh menjejaskan keyakinan dan persepsi rakyat.
"Untuk itu, reformasi institusi yang dicadangkan harus bergerak seiringan dengan reformasi lain yang telah dicadangkan sebelum ini oleh pihak #RasuahBusters. Karenah birokrasi adalah antara halangan yang membuka ruang rasuah yang cukup besar dalam urusan berkaitan perkhidmatan awam," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Belanjawan 2023 harus mempunyai keupayaan untuk menggembleng seluruh kekuatan dan tenaga untuk menterjemah kebijakan baharu terutama dalam meninggalkan amalan pembaziran serta rasuah.
Beliau berkata ini kerana amalan rasuah dan penyelewengan bagaikan sudah sistemik sehingga membobrok tadbir urus kerajaan malah mencalar imej negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023

Akhbar berpandangan jika konsep rundingan harus dibuat secara terus, pastikan ia dijalankan secara berintegriti dan telus. - Gambar fail/Astro AWANI

Malaysia Airlines perkukuh kehadiran di ASTINDO Travel Fair 2025, tawar diskaun sehingga 30 peratus
Malaysia Airlines memperkukuh kehadirannya di pasaran Indonesia dengan menyertai ASTINDO Travel Fair 2025 sebagai Preferred Airline.

Dua pekerja rentung dalam kebakaran kilang elektronik
Dua pekerja kilang warga Bangladesh dipercayai rentung manakala dua lagi melecur dalam kebakaran di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Tangga Batu, pagi tadi.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Belanjawan 2023: Pembatalan rundingan terus, jimat kos, lebih telus - Akhbar Satar
Inisiatif membatalkan kaedah rundingan terus bagi projek mega dalam Belanjawan 2023 mampu menjimatkan kos dan mengelakkan pemberian komisen kepada 'orang tengah'.