Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memantau kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau 'Along' yang sering menggunakan kekerasan untuk mendapatkan kembali wang pinjaman.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan syarat tertentu bagi mengeluarkan lesen kepada pemberi pinjaman wang.
Sekiranya pemberi pinjaman wang itu berlesen dan beroperasi mengikut syarat, tiada masalah. Kalau mereka tiada lesen, itu di bawah bidang kuasa kementerian, tetapi sekiranya mereka menyalahi undang-undang jenayah, polis akan mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian sayap juruterbang dan pemerhati udara pasukan gerakan udara PDRM di sini Selasa.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kegiatan 'Along' yang dilihat semakin berleluasa apabila menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan kematian.
Baru-baru ini, seorang lelaki bertindak kejam membunuh isteri dan dua anaknya, termasuk yang berusia dua tahun, di sebuah banglo di Sibu, Sarawak kerana dipercayai tertekan dengan masalah hutang.
Sehubungan itu, PDRM akan mengambil langkah tertentu bagi mengelak kejadian sedemikian berulang, katanya.
Mengulas lanjut, Khalid berkata polis kini menyiasat sama ada suspek bertindak demikian disebabkan tertekan kerana berhutang dengan 'Along' atau sebaliknya.
"Biarlah polis selesaikan kes ini untuk mencari punca sebenar kejadian berlaku," katanya.
Menyentuh persediaan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut pada 24 Julai ini, Khalid berkata PDRM akan menempatkan anggota secukupnya bagi mengawal keadaan sepanjang tempoh kempen dan hari pengundian.
"Polis bersiap sedia menghadapi pilihan raya. Sekiranya terdapat keperluan yang perlu ditambah, kita akan tambah," katanya.
Beliau mengingatkan calon parti yang bertanding agar mematuhi segala peraturan dan berkempen secara berhemah bagi memastikan pilihan raya berlangsung secara aman.
Bernama
Tue Jul 09 2013
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Empat Ah Long ditahan, terlibat simbah cat, khianat di enam negeri
Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket Ah Long yang turut melakukan jenayah khianat rentas negeri.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Kegiatan Ah Long masih berleluasa kerana terdapat permintaan daripada masyarakat
Masyarakat juga lebih cenderung memilih Ah Long kerana kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan berlesen.
Penganggur 'dilarikan' parah dipukul suami kekasih
Dia dilarikan tiga lelaki yang bertindak memukul dan mengurungnya di dalam sebuah rumah flat di Mak Mandin, Butterworth pada Khamis.
Empat ahli geng Ah Long disambung reman
Penyambungan reman dilakukan terhadap tiga lelaki dan seorang wanita untuk pihak polis melengkapkan siasatan.
Polis Kedah lakukan siasatan menyeluruh kes tangkapan geng Ah Long
Polis tidak tolak kemungkinan besar empat suspek yang terbabit dengan geng Ah Long yang ditahan di Kulim baru-baru ini ada rangkaian lain.
Ah Long dikesan jual kad ATM RM300
Sindiket pinjaman wang tidak wujud atau Ah Long kini dikesan menjual kad juruwang automatik (ATM) milik peminjam dengan hanya RM300 kepada pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan.
Peminjam ah long lari, jiran kena tanggung padah
Mangsa Chiang Ghee Siew, 55, mendakwa kira-kira pukul 9 pagi Ahad lepas, dia terkejut apabila mendapati terdapat kesan cat warna merah di pintu pagar hadapan dan dinding rumah serta belakang kereta.
Enggan bayar hutang bekas pekerja, pemilik bengkel diganggu 'Ah Long'
Pemilik bengkel cat kereta diganggu lelaki dipercayai 'Ah Long' yang memintanya lunaskan hutang bekas pekerjanya.
Kempen #BolehBincang PTPTN menjadi, kutipan meningkat drastik
Hasil daripada pelbagai inisiatif yang telah dijalankan bagi membantu memudahkan bayaran balik pinjaman, PTPTN berjaya mengutip jumlah bayaran yang meningkat secara drastik.