Pihak polis akan terus memantau aktiviti Taufik Abdul Halim, rakyat Malaysia selaku pakar membuat bom bagi kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) yang pulang ke tanah air Rabu lepas setelah menjalani hukuman penjara lebih 12 tahun di Indonesia.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata polis akan sentiasa berhubung dan memantau aktivitinya dari semasa ke semasa supaya dia tidak lagi mengancam keselamatan negara dan orang ramai.
Setibanya Taufik, 39, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 11.30 malam, dia telah dibawa oleh polis untuk ditemu duga, diberi nasihat dan peringatan agar tidak kembali terbabit dalam sebarang kegiatan militan, kata Ayub Khan.
"Perbincangan itu merupakan satu sesi yang agak panjang," katanya kepada Bernama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ditanya mengapa tiada tindakan susulan diambil terhadap Taufik, beliau berkata biarpun Taufik ditahan berikutan kes letupan di kompleks beli-belah Plaza Atrium di Jakarta pada 1 0gos 2001, namun PDRM tidak mempunyai bukti untuk menahannya kerana dia tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti keganasan di Malaysia.
"Setakat ini, apa yang kita buat ialah menasihatinya agar tidak lagi terlibat dengan perkara yang bercanggah dengan undang-undang," kata Ayub Khan.
Media tempatan sebelum ini melaporkan antara 300 hingga 350 tahanan JI akan dibebaskan secara berperingkat dari penjara Indonesia termasuk Taufik yang kehilangan kaki kanannya akibat pengeboman di Jakarta itu.
Menjelas lanjut, beliau berkata disebabkan kepakaran membuat bom dan ideologi yang dimiliki Taufik, kemungkinan masih ada anggota JI akan cuba berhubung semula dengannya.
"Kita risau mungkin ada perkara yang akan dibincangkan sesama mereka. Kemungkinan dia juga akan melatih orang awam yang ingin terlibat dalam keganasan. Dia bukan setakat pakar membuat bom malah pernah terlibat dalam kes mengebom gereja di Indonesia," katanya.
Ditanya sama ada pembebasan ratusan tahanan JI itu membuatkan mereka akan cuba terbabit dalam kegiatan militan Negara Islam (IS), beliau berkata "tiada perbezaan antara JI mahupun Al-Qaeda kerana mereka mempunyai ideologi yang sama iaitu untuk terlibat dalam aktiviti keganasan.
"Sekiranya mereka dibebaskan, memang ada risiko yang tinggi, kemungkinan mereka akan terlibat dalam kumpulan militan IS," kata Ayub Khan sambil menambah PDRM sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak polis serantau dan global dalam konteks menangani antikeganasan.
Beliau berkata dari 2001 hingga kini, pihak polis telah menahan 294 individu warga tempatan dan asing yang dipercayai terbabit dalam kumpulan militan.
Taufik yang kini dilaporkan berada di kampung asalnya di Kluang, Johor pernah menjalani latihan dengan Al-Qaeda di Afghanistan pada Oktober 1995 hingga Feb 1996.
Dia juga turut dikaitkan dengan insiden pengeboman di dua buah gereja di timur bandaraya Jakarta. Malah dia merupakan sebahagian anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan pernah terbabit dalam aktiviti keganasan di Ambon, Maluku pada 2000.
Taufik yang merupakan bekas penuntut jurusan senibina Universiti Teknologi Mara (UiTM) terjebak dengan kumpulan pengganas selepas dipercayai dipengaruhi abang iparnya, Zulkifli Abdul Khir yang menjadi individu paling dikehendaki di Asia Tenggara dan diburu sehingga kini.
Zulkifli atau Marwan kini dipercayai berada di selatan Filipina bersama kumpulan Abu Sayyaf. Taufik juga pernah ditahan PDRM pada Oktober 1996 hingga November 1996 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Bernama
Sat Nov 15 2014
Pihak polis akan terus memantau aktiviti Taufik Abdul Halim, rakyat Malaysia selaku pakar membuat bom bagi kumpulan militan Jemaah Islamiah.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Disember 2024
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
Framing sustainable business as a gift for the future
Reflecting on 2024, businesses can turn key learnings into actionable steps to make sustainability a central part of their plans for the year ahead. Hoe can businesses can integrate sustainability into daily operations, making it a consistent driver of growth and positive change. Together with Associate Consultant at Tata Consultancy Services, Wan Dazriq explores on forward-thinking strategies for a sustainable and innovative 2025.
Mulai 1 Jan 2019, hanya tukang masak tempatan dibenarkan
Semua pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan.
Militan IS: Media sosial masih jadi medium utama rekrut ahli - Polis
Media sosial masih menjadi medium utama kumpulan militan IS memperluaskan ideologi keganasan seterusnya merekrut ahli baharu untuk menyertai kumpulan itu.
Kegiatan militan: Tanggungjawab semua betulkan fahaman halalkan membunuh
Propaganda yang dilancarkan oleh kumpulan militan IS menerusi laman sosial memerlukan pihak berkuasa mengerakkan satu jalinan kerja yang mantap bagi menanganinya.