Kejayaan polis menumpaskan lima lelaki yang terlibat dalam beberapa kes jenayah bersenjata api di negara ini awal hari ini, membuktikan kesungguhan pasukan keselamatan itu memerangi jenayah
habis-habisan.
Sambil mengucapkan syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata kejayaan itu juga sekaligus membuka mata banyak pihak terutama masyarakat yang selama ini memandang rendah kredibiliti pasukan itu.
"Ini membuktikan mereka memang berazam membanteras jenayah terutama melibatkan senjata api yang semakin berleluasa ketika ini. Ini juga membuktikan mereka menjalankan tugas dengan cekap dan teliti sehingga penjenayah berjaya ditumpaskan," katanya kepada Bernama.
Lee mengulas kejadian di George Town, Pulau Pinang awal hari ini apabila polis menembak mati lima lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Gang 04 yang terlibat dalam beberapa jenayah senjata api.
Serbuan yang dilakukan di Sungai Nibong, Pulau Pinang itu turut menemui tiga pucuk pistol yang digunakan penjenayah terbabit.
Mengulas lanjut kejayaan berkenaan, Lee berkata ia juga membuktikan kepantasan dan kecekapan pasukan polis ketika membuat serbuan dan tindakan ke atas penjenayah.
"Mereka (polis) tentunya telah membuat perancangan yang teliti, risikan yang memakan masa yang lama dan hasil maklumat orang ramai sebelum berjaya menumpaskan penjenayah, terutama mereka yang paling dikehendaki atau bersifat ganas," katanya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Anti Jenayah Bersatu Malaysia Datuk Dr A. Balakrishnan berkata kejadian itu membuktikan pasukan keselamatan itu amat prihatin dan peka dengan kebimbangan masyarakat terutama jenayah yang membabitkan senjata api.
"Mereka sedar masyarakat amat berasa tergganggu dan takut dengan situasi jenayah yang berlaku ketika ini. Jadi, mereka bertekad dan bersungguh-sungguh mahu membanteras jenayah. Kejayaan ini sekaligus membuktikan apa yang mereka tekadkan selama ini tercapai," katanya.
Sehubungan itu, pertubuhan itu berharap agar PDRM meneruskan kejayaannya dalam membanteras jenayah pada masa akan datang agar dapat meningkatkan imej pasukan itu di mata masyarakat dan membuka mata negara lain terhadap kecekapan PDRM.
Mengulas mengenai kes itu, Balakrishan berkata kelima-lima lelaki terbabit berkemungkinan terlibat dalam beberapa kes tembak yang sering dilaporkan di media.
"Namun, siasatan lanjut dan teliti perlu dilakukan agar dapat membuktikan perkara ini. Sekiranya benar mereka adalah antara individu yang dikehendaki dan terlibat dalam kes begitu, saya ucapkan tahniah dan syabas kerana berjaya menumpaskan penjenayah yang dianggap berbahaya dan ganas itu," katanya.
Susulan banyak kes bunuh menggunakan senjata api dilaporkan sejak akhir-akhir ini, PDRM menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat secara rapi kes itu, termasuk pembunuh-pembunuh yang terlibat.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin sebelum ini berkata pasukan khas itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat Bukit Aman Datuk Huzi Mohamed.
Bernama
Mon Aug 19 2013
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.
Polis tahan lelaki buat kacau, pecah cermin kereta di Bayan Lepas
Lelaki tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.
Hukuman berat jika buat jenayah di Makkah, Madinah
Md Daud berkata, pelaku tidak dibenarkan dibawa pulang ke negara asal selagi belum selesai menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
BHEUU JPM tubuh jawatankuasa kerja perkukuh sistem keadilan jenayah negara
Ia bagi terus memperkukuh sistem keadilan negara yang menyentuh isu jenayah siber dengan membabitkan kaedah moden.
Dua suspek samun berparang di Banting kecundang
Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun telah ditahan di sebuah rumah sekitar Sungai Sedu, Banting pada Rabu.
Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak dibenar tinggalkan Perancis
Durov mesti kekal di Perancis dengan ikat jamin sebanyak AS$5.6 juta dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu.
Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin
Darmanin berkata kesan kehadiran pasukan keselamatan yang meningkat, terdapat penurunan besar dalam jumlah kesalahan jenayah minggu lepas.
Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya
Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang pada 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan.
Langkah wajibkan pengendali media sosial mohon lesen tepat pada masanya - Pakar
Ia mampu memberikan timbal balik dalam pelaksanaan ekosistem penggunaan media sosial khususnya berkaitan isu membabitkan jenayah sivil.
Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.