ALOR SETAR:Dua buah telefon pintar milik seorang ibu tunggal dan arwah suaminya menjadi 'penyelamat' serta 'talian hayat' kepada sembilan anak mereka yang kebanyakannya masih bersekolah dan perlu mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) secara dalam talian.
Menurut Saaidah Puteh, 40, tujuh daripada sembilan anaknya masih bersekolah dan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan, dia terpaksa mengatur giliran untuk anak-anaknya bagi menggunakan telefon pintar untuk melibatkan diri dalam kelas secara maya serta menyiapkan tugasan yang diberikan guru masing-masing.
Dia yang juga seorang suri rumah tidak mampu untuk membeli peranti baharu dan hanya bergantung kepada faedah pencen penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) arwah suaminya, Zainol Abidin Ibrahim, 47, yang meninggal dunia akibat kencing manis, Oktober lalu.
Lalu, apa yang mampu dilakukan Saaidah ialah mengatur masa selain membimbing anak-anaknya ketika mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
“Cabarannya ialah bagaimana nak mengelola keadaan kerana dalam satu masa ada dua tiga tugasan anak-anak perlu buat, dalam masa sama cikgu akan bagi tugasan lain, telefon pula ada dua saja," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Dewan Alor Malai, di sini.
Dalam pada itu, Saaidah menjelaskan, keputusan kerajaan untuk melaksanakan kelas secara fizikal bagi pelajar SPM, STPM dan STAM sekurang-kurangnya telah mengurangkan "kesesakan" penggunaan telefon pintar dalam kalangan keluarganya.
Ini kerana, anak keduanya, Nurul Aliah Athirah Zainol Abidin, 18, akan ke sekolah setiap hari bagi menjalani sesi persekolahan seperti biasa
Tambahnya, inisiatif yang diambil pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dalam memperkenalkan modul latihan khas kepada kumpulan pelajar terutama bagi pelajar Tahun 6 dilihat sebagai satu perkara yang sangat tepat tatkala dia terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran ketika ini.
Sementara itu, bagi Nurul Aliah yang bakal menghadapi peperiksaan SPM berkata, sebelum ini dia terpaksa mengalah kepada adik-adik setiap kali sesi PdPR terutama ketika pada waktu puncak iaitu sekitar pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Pembukaan semula sesi persekolahan, kata Nurul Aliah, amat melegakannya kerana masa untuk adik-adiknya menggunakan telefon pintar menjadi lebih banyak dan kelas secara fizikal disifatkan lebih berkesan berbanding secara dalam talian.
"Rasa lega sikit sebab boleh belajar, boleh ke sekolah, adik-adik juga boleh fokus buat kerja sekolah, tidak lagi bergaduh sebab terpaksa kongsi (telefon), (sebelum ini) kena tunggu dulu (giliran)," katanya.
Kesemua sembilan orang anak Saaidah adalah Muhammad Zuffar Aliff, 20, yang kini telah berkerja, diikuti Nurul Aliah, Muhammad Zuffar Azriel (16), Muhammad Zuffar Aidil (15) yang juga orang kelainan upaya (OKU), Nurul Alia Alesya (12) dan Nurul Aliah Aqilla (9).
Saaidah juga mempunyai pasangan anak kembar berusia 6 tahun iaitu Nurul Alia Aneesa dan Nurul Alia Areesa selain bayi berusia dua bulan, Nurul Alia Afiyya.
Sementara itu, kesulitan yang dihadapi keluarga Saaidah mendapat perhatian Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah.
Pertubuhan itu menyampaikan sumbangan sebuah telefon bimbit dan barangan keperluan harian kepada keluarga berkenaan.
Abd Hadi Che Awang
Thu Jan 28 2021
Saaidah Puteh bersama anak-anaknya membelek telefon pintar yang dihadiahkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Kedah. - Gambar Astro AWANI
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Mayat wanita tanpa kepala disumbat dalam karung
Penemuan mayat tanpa kepala menggemparkan penduduk di Jakarta pada awal minggu lalu.
Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman lelaki
N Retha didakwa memasuki kawasan bilik pejabat milik P Navaneeth di sebuah klinik dalam daerah Muallim pada 3 Mac lepas.
Belanjawan 2025: KPWKM cadang peruntukan RM3 bilion - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mencadangkan peruntukan kira-kira RM3 bilion bagi Belanjawan 2025.
Tidak lagi mampu menyanyi, menjahit, ibu tunggal kudung kaki rayu bantuan
Megala yang kematian suami turut diuji apabila dua anaknya disahkan menghidap diabetes dan bergantung pada ubat.
Belanjawan 2025: KPWKM cadang bantuan kepada ibu tunggal tuntut nafkah di mahkamah
KPWKM akan mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.
Ibu tunggal didenda RM2,000 guna MyKad palsu ketika hendak bersalin
Seorang ibu tunggal dihukum denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan MyKad palsu sewaktu bersalin.
Penjawat awam rugi hampir RM150,000 jadi mangsa penipuan cinta
Mangsa dihubungi seorang individu mendakwa sebagai ejen penghantaran yang menyatakan terdapat masalah berkait bungkusan yang dihantar kepadanya.
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan.
Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella
Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah dijangka dapat merungkai kehilangan Bella.