PUTRAJAYA: Pasukan petugas khas ditubuhkan bagi mengatasi masalah lambakan calon (backlog) ujian memandu di institut memandu (IM) seluruh negara ketika ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Loke berkata dianggarkan 600,000 calon mengikuti kursus dan ujian memandu setiap tahun dan lambakan itu berlaku disebabkan penutupan IM susulan pandemik COVID-19.
"Backlog panjang bukan mereka tidak dapat lesen memandu tetapi masa menunggu itu lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata pasukan petugas khas yang diketuai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu akan mencari kaedah untuk mengatasi lambakan calon ujian memandu serta mempercepatkan urusan mendapatkan lesen.
Loke turut mengumumkan inisiatif kerajaan untuk membantu pengusaha IM iaitu pelanjutan had usia kenderaan yang digunakan di institut daripada tujuh tahun kepada 10 tahun.
"Kita ambil satu pertimbangan untuk membantu pemain industri IM kerana umum diketahui semasa COVID-19 mereka tidak boleh buat apa-apa.
"Kebanyakan kenderaan yang masuk ke tahun ketujuh sudah tidak boleh dipakai dan menambahkan beban pengusaha dan tidak adil," katanya serta menambah JPJ akan mengintegrasikan perkara itu ke dalam sistem secepat mungkin.
Bagi menggalakkan IM melabur dalam kenderaan baharu, Loke berkata pemeriksaan kenderaan dikecualikan untuk tahun pertama dan kedua.
"Untuk tahun-tahun seterusnya hingga tahun ke-10, pemeriksaan berkala yang diwajibkan adalah setahun sekali," katanya.
Mengenai cadangan membenarkan IM mengendalikan ujian KPP01 berkomputer untuk mendapatkan lesen, Loke berkata JPJ sedang merangka satu prosedur operasi standard (SOP) untuk menjaga integriti dan ketelusan ujian tersebut.
Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah menyampaikan pandangan sekiranya IM dibenarkan untuk mengendalikan ujian itu, dibimbangi terdapat kelonggaran atau kebocoran maklumat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023

Loke berkata dianggarkan 600,000 calon mengikuti kursus dan ujian memandu setiap tahun dan lambakan itu berlaku disebabkan penutupan IM susulan pandemik COVID-19. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Guru sekolah memandu didakwa terima rasuah RM650 luluskan pelatih
Seorang guru sekolah memandu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan menerima rasuah RM650 bagi meluluskan ujian memandu pelatihnya pada tahun 2019 dan 2020.

Pasukan petugas khas ditubuh atasi masalah lambakan calon ujian memandu
Pasukan petugas khas ditubuhkan bagi mengatasi masalah lambakan calon (backlog) ujian memandu di institut memandu (IM) seluruh negara ketika ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Waspada iklan tawar lesen memandu tanpa perlu ke kelas, ujian memandu
JPJ telah mengesan tawaran iklan itu yang turut menggunakan gambar profil 'China doll' bagi menarik perhatian pengguna media sosial.

E-Testing: JPJ sedang laksanakan proses pembuktian konsep
Sebanyak empat buah syarikat telah memohon dan diberikan kelulusan untuk menjalankan aktiviti POC terbabit.

JPJ sasar selesai ujian memandu tertangguh sebelum akhir tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan semua ujian yang tertangguh di 232 institut memandu di seluruh negara melibatkan 462,124 calon akan selesai sebelum akhir tahun ini.

Tiada lagi pegawai JPJ sebelah calon ketika ujian memandu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) di institut memandu seluruh negara, Jun depan.

Lelaki nekad menyamar jadi ibu agar lulus ujian memandu
Heitor Schiave, 43, mengambil keputusan drastik untuk menyamar sebagai ibunya, Maria, ketika mengambil ujian lesen memandu ibunya.

Pindaan kaedah ujian memandu untuk laksanakan e-testing - Loke
Kaedah sedia ada memerlukan seorang anggota JPJ berada di sebelah pelajar, namun menerusi e-testing proses tersebut akan dilakukan secara atas talian.

Akhirnya, Lady Gaga lulus ujian memandu
Gembira sungguh penghibur berimej pelik, Lady Gaga yang baharu mendapat lesen penuh memandu pada usia 30 tahun.

JPJ kembalikan semula sistem satu peperiksaan - Liow
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengembalikan semula sistem satu peperiksaan kepada calon ujian memandu berkuatkuasa serta-merta.