SEREMBAN: Seorang guru sekolah memandu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan menerima rasuah RM650 bagi meluluskan ujian memandu pelatihnya pada tahun 2019 dan 2020.
Tertuduh K Rama Thevan, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Mengikut dua pertuduhan, tertuduh secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM350 dan RM300 daripada seorang lelaki sebagai upah untuk meluluskan ujian memandu perdagangan (GDL) sebelum ujian teori dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).
Ia sehingga menyebabkan lelaki terbabit lulus ujian teori vokasional GDL tersebut dan telah mendapat lesen vokasional GDL.
Kesalahan itu dilakukan pada 31 Disember 2019 dan 13 Februari 2020 di sebuah sekolah memandu di daerah ini.
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Bagi pertuduhan pilihan pada tarikh dan lokasi sama, tertuduh menerima suapan RM350 dan RM300 daripada lelaki sama sebagai galakan bagi mendorong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membantu meluluskan ujian memandunya.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohammad Azriff Firdaus Mohammad Ali mencadangkan jaminan RM10,000 diberikan.
Rama Thevan yang tidak diwakili peguam merayu supaya wang jaminannya dikurangkan.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM8,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh melaporkan diri di pejabat SPRM pada hari Sabtu pertama setiap bulan sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes 20 September ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 28 2023

Tertuduh K Rama Thevan, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas kertas pertuduhan dibacakan. - Gambar/ Sinar Harian
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

SPRM tahan empat penguat kuasa terima rasuah keluar 'lesen terbang'
SPRM Sabah menahan reman empat penguat kuasa kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM300,000 daripada ejen serta calon yang mengambil lesen memandu.

Guru sekolah memandu didakwa terima rasuah RM650 luluskan pelatih
Seorang guru sekolah memandu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan menerima rasuah RM650 bagi meluluskan ujian memandu pelatihnya pada tahun 2019 dan 2020.

'Lesen gerenti lulus': SPRM tahan menantu pemilik sekolah memandu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menahan seorang pekerja sambilan di sebuah sekolah memandu kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM650.

Formula holistik selesaikan lambakan calon ujian memandu
Tempoh yang sedikit panjang ini pastinya memberi kesan kepada orang ramai khususnya calon-calon yang mahu menjalani ujian memandu dengan segera.

Banjir: Pemilik sekolah memandu anggar kos pembaikan cecah RM350,000
Kawasan sekolah memandu itu jarang dinaiki air walaupun berlaku kejadian banjir kilat sebelum ini kerana kedudukannya lebih tinggi daripada kawasan lain di perumahan itu.

Institut latihan memandu boleh beroperasi mulai 1 Jun
Para pengelola masih perlu termaktub kepada garis panduan yang dikeluarkan JPJ.

Hanya sembilan institut memandu bertaraf lima bintang - JPJ
Sejumlah 117 daripada 200 Institut Memandu di seluruh negara hanya mencapai taraf dua dan satu bintang, ujar Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad.