PETALING JAYA: Sepasukan pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman hari ini menjalankan siasatan rapi di lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di Damansara Damai di sini.
Belukar yang terletak kira-kira 100 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, itu kini ditutup kepada orang ramai bagi mengelakkan gangguan kepada bahan bukti yang mungkin masih terdapat di situ.
Tinjauan Astro AWANI mendapati jalan denai yang menuju ke anak sungai yang menjadi tempat mayat mangsa ditemui Rabu malam, agak sukar untuk dilalui, dengan tebing yang tinggi dan licin akibat hujan lebat.
Beberapa pegawai dan anggota polis bagaimanapun dilihat keluar dan masuk ke kawasan berkenaan untuk melaksanakan tugas mereka.
Kumpulan pengamal media juga turut menunggu berhampiran garisan polis bagi bersedia mendapatkan maklumat terkini berhubung siasatan kes termasuk siasatan di tempat kejadian.
Ahli keluarga mangsa bagaimanapun belum kelihatan buat masa ini.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain memaklumkan Zayn Rayyan tidak meninggal dunia di tempat kejadian.
Rumusan itu diperoleh hasil bedah siasat dan berdasarkan usaha pencarian yang dilakukan di kawasan mayat dijumpai.
Kes bunuh itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Rabu malam, Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebatang sungai, berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai.
Zayn Rayyan dilaporkan hilang ketika bermain di taman permainan di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Selasa.
Ibunya, Ismanira Abdul Manaf dilaporkan berkata, ada kanak-kanak lain di kawasan itu mendakwa ternampak anaknya masuk ke kawasan belukar yang terletak kira-kira 100 meter dari blok kediamannya.
Terdahulu, polis tidak menolak kemungkinan faktor hujan lebat dan air naik di kawasan anak sungai dan longkang berhampiran tempat kejadian menyebabkan mangsa dipercayai tidak dapat ditemui sebelum ini.
Sebelum kejadian, Ismanira yang bekerja sebagai kerani mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Kanak-kanak itu kemudian disedari hilang ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartmen berkenaan.
Madiha Abdullah
Fri Dec 08 2023
Beberapa pegawai dan anggota polis bagaimanapun dilihat keluar dan masuk ke kawasan berkenaan untuk melaksanakan tugas mereka. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
EPL: West Ham pecat Julen Lopetegui
Pemecatan itu susulan kekalahan West Ham 1-4 kepada Manchester City minggu lalu dengan The Hammers kini menduduki tangga ke-14 EPL.
AWANI Ringkas: Bincang isu kerjasama dua hala
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan kerja
Pesawat khas yang membawa Prabowo serta delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pukul 10.15 pagi.
[TERKINI] Majlis peluncuran Forum Ekonomi Malaysia 2025
Ikuti majlis peluncuran Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The Economy: KRI Report: Searching for the ‘Poor’ and ‘Middle Class’ in Malaysia
Join Ibrahim Sani on The Economy as he hosts a special panel discussion with Gregory Ho, Research Associate at KRI, and Dr. Suraya Ismail, Director of Research at KRI. They delve into the latest KRI report, exploring the definitions and realities of the 'poor' and 'middle class' in Malaysia. Gain insights into the socio-economic landscape and policy implications for the nation's future.
KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Damansara
Hasil siasatan awal mendapati identiti mangsa tidak diketahui identiti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.
“Tidak boleh bawa hal remeh yang boleh mengancam negara” - PM
Perdana Menteri bertegas mengambil peluang mengangkat martabat ekonomi negara dengan pengurusan ekonomi yang baik, meningkatkan usaha dan menjalinkan kerjasama.
“Mengaku kelemahan termasuk dalam kerajaan untuk membawa perubahan dan kebaikan untuk semua”katanya #AWANInews
“Mengaku kelemahan termasuk dalam kerajaan untuk membawa perubahan dan kebaikan untuk semua”katanya #AWANInews
Kes Puspakom: SPRM tahan 13 lagi pemeriksa kenderaan
Menurut sumber, semua suspek berusia antara 20 dan 40-an ditahan antara jam 1 dan 2 petang Selasa dan 10 pagi hingga 3 petang pada Rabu.
Kekuatan ekonomi bergantung pada kestabilan politik dan dasar yang jelas
Perdana Menteri berkata prasyarat utama untuk mengangkat kekuatan ekonomi juga keamanan, kestabilan politik, dasar yang jelas, dasar ekonomi yang dapat kekuatan melalui penglibatan sektor swasta dan kecekapan sektor awam.
#AWANInews
#AWANInews
'Saya hanya dimaklumkan tidak wakili ibu bapa Zayn Rayyan dua hari lalu' - Fahmi
Peguam terdahulu yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memberitahu hanya dimaklumkan tidak lagi mewakili pasangan itu, menerusi kiriman WhatsApp.
Ibu bapa Zayn Rayyan kemuka representasi
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menyemak semula pertuduhan dihadapi mereka.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
Tular gambar bedah siasat Zayn Rayyan: Pihak pembelaan belum terima perkembangan siasatan
Menurut peguam, laporan berkaitan kebocoran gambar dan maklumat kanak-kanak tersebut dibuat seorang ahli keluarga Zaim Ikhwan dan pihak polis.
Kes Zayn Rayyan: Nama kekal dalam kertas pertuduhan
Timbalan Pendakwa Raya, Datin Kalmizah Salleh berkata, pendakwaan tidak akan meminda nama Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
Hak jagaan adik Zayn Rayyan diserah kepada nenek saudara
Mahkamah Majistret di sini memberikan perintah hak jagaan sementara adik lelaki kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin kepada nenek saudaranya, bermula Jumaat.
Kebocoran maklumat di Edisi Siasat: 'Kami tak dapat sahkan kesahihan' - Peguam
Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin belum menerima sebarang maklum balas daripada polis berhubung kebocoran gambar dan beberapa butiran.
Kes Zayn Rayyan: 'Tugas saya sampai di sini sahaja, harapkan keadilan' - Peguam Mahmud Jumaat
Peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co, Mahmud Jumaat mengesahkan beliau tidak lagi mewakili ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mattin.
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan disiasat Bukit Aman
Siasatan berkaitan penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat didakwa adalah Zayn Rayyan dijalankan USJT Bukit Aman.