Anda ingin bercuti? Jangan lupa pastikan peralatan elektrik dalam rumah yang perlu dipasang berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum meninggalkan rumah, menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB).
TNB dalam satu kenyataan pada Selasa, berkata ia adalah antara satu garis panduan penggunaan elektrik yang praktikal dan bijak tenaga disediakan pihaknya kepada orang ramai yang merancang untuk meninggalkan kediaman masing-masing sempena cuti Krismas dan cuti akhir tahun.
Beberapa panduan lain juga disediakan seperti menutup suis peralatan elektrik yang tidak digunakan dan menanggalkan palam bagi mengelakkan arus elektrik terus mengalir.
Di samping itu, TNB menyarankan orang ramai untuk mempertimbangkan penggunaan alat pengukur masa bagi mereka yang ingin memasang lampu rumah bagi tujuan keselamatan atau mengelak kecurian.
Sebelum meninggalkan kawasan perumahan, semua soket perlu berada dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai berlebihan dan gulungan wayar sambungan tambahan hendaklah dibuka sepenuhnya untuk mengelakkannya menjadi terlalu panas jika digunakan.
Panduan itu menyebut, orang ramai dinasihat untuk sekurang-kurangnya menguji Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) atau Residual Current Circuit Breaker (RCCB) sebulan sekali.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara menguji PLAB, orang ramai boleh merujuk ke laman sesawang www.tnb.com.my atau Facebook TNB CareLine.
Sekiranya berlaku sebarang gangguan bekalan elektrik, boleh segera menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB di talian 15454 atau Facebook TNB CareLine untuk mendapatkan bantuan.
--BERNAMA
Bernama
Tue Dec 24 2019

Sebelum meninggalkan kawasan perumahan, pastikan soket dalam keadaan baik, tutup suis yang tidak digunakan dan tanggalkan palam bagi mengelakkan arus elektrik terus mengalir. - Gambar hiasan
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Analisis jangka pemulihan yang kukuh dalam perdagangan Malaysia tahun ini
Public Investment Bank Bhd menjangkakan perdagangan Malaysia tahun ini akan disokong oleh unjuran pemulihan dalam perdagangan global.

Situasi getir sudah berakhir, Malaysia akan kembali kukuh menjelang akhir tahun - Tengku Zafrul
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilakukan secara sistematik dan rancangan pemulihan ekonomi negara akan kembali membawa Malaysia ke landasannya.

Pastikan peralatan elektrik rumah dalam keadaan baik semasa musim perayaan - TNB
TNB menyarankan orang ramai untuk mempertimbangkan penggunaan alat pengukur masa bagi mereka yang ingin memasang lampu rumah bagi tujuan keselamatan atau mengelak kecurian.