KUALA LUMPUR: Kepentingan pemvaksinan kepada ibu bapa, adik beradik dan guru perlu ditekankan sebelum sesi persekolah dibuka kelak.
Penasihat Khas Kesihatan Awam Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, keselamatan situasi sekeliling perlu diberi keutamaan kerana pelajar masih belum boleh menerima vaksin.
"Jadi ini bermaksud keutamaan sekarang adalah ibu bapa, adik-beradik mereka dan guru sekolah harus menerima vaksin.
"Sekarang paling penting usaha mencapai imuniti kelompok lebih awal dan meneruskan langkah-langkah kesihatan awam yang bermaksud memastikan penjagaan jarak, penggunaan pelitup muka dan membersihkan tangan.
"Paling penting memastikan pengudaraan yang baik di dalam kelas juga menjadi keutamaan," katanya semasa sidang media secara maya selepas pelancaran program kempen Virus Hunter pada Rabu.
BACA: 145,580 guru telah divaksinasi, KPM bincang kaedah vaksinasi murid - Radzi Jidin
BACA: Kerajaan selesai beli, bayar bekalan vaksin untuk vaksinasi dalam negara
Program itu dianjurkan Kluster Sains Pulau Pinang (PSC) dengan sokongan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.
Ia bertujuan meningkatkan minat orang ramai, terutama golongan muda terhadap STEM, kesedaran tentang memerangi penyakit berjangkit, dan kemampuan untuk mengenal pasti dan menangani maklumat salah tentang pandemik.
Dalam pada itu kata Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian McFeeters, program itu menekankan kesedaran golongan muda terhadap pandemik.
Jelasnya, ia sekali gus usaha serantau memastikan kerjasama global termasuk kejayaan vaksin.
"Kami berharap ribuan golongan muda di seluruh Malaysia akan dapat mendapat maklumat Virus Hunter dengan bimbingan guru, ibu bapa, dan mentor mereka yang lain, dan dalam pada itu mereka akan belajar mengenai asal usul pandemik, sains di sebalik kejayaan vaksin yang luar biasa untuk memerangi COVID-19, dan mengapa sangat penting agar negara-negara bekerjasama untuk mencegah pandemik global," jelasnya.
Amerika Syarikat sebelum ini memainkan peranan utama dalam mempromosikan kesihatan awam global.
Di bawah program PREDICT global, AS telah membiayai penyelidikan di Malaysia Timur selama lebih dari satu dekad untuk mengesan dan memahami penyakit berjangkit daripada hidupan liar dengan lebih baik.
Astro Awani
Wed Jun 23 2021

Dr Jemilah berkata, keselamatan situasi sekeliling perlu diberi keutamaan kerana pelajar masih belum boleh menerima vaksin. - Twitter
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.